Skuad Kebangsaan Umum Enam Pelumba LTdL Selasa Ini

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Skuad kebangsaan akan mengumumkan senarai akhir enam pelumba yang bakal menggalas cabaran Malaysia pada perlumbaan berbasikal, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 Selasa ini.

Penolong pengurus pasukan kebangsaan, Omar Saad berkata, pada masa ini latihan pusat di Ipoh, Perak yang membabitkan sepuluh pelumba dikendalikan oleh pengarah teknikal pasukan, William Walker sejak Januari lepas.

"Keputusan akhir akan diputuskan oleh William dan beberapa aspek akan di ambil kira dengan kemampuan pendakian, pecut dan pengalaman seseorang pelumba itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengikuti latihan skuad kebangsaan, hari ini.

Omar bagaimanapun berkata pelumba tidak mencapai tahap prestasi yang diharapkan kerana masa bagi membuat persediaan terlalu singkat untuk mendapatkan pendedahan yang sepatutnya.

"Namun saya yakin tahun ini kita akan menghasilkan keputusan yang berbeza dan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Ini kerana latihan yang pelumba-pelumba jalani memang berlainan, tidak seperti sebelum ini seperti penekanan kepada aspek keseronokan dalam sesi latihan," katanya.

Omar berkata antara kelainan itu ialah pelumba turut terbabit dalam perlumbaan go-kart yang mengajar mereka erti keberanian untuk mengambil selekoh dan memintas pelumba lain.

"Saya yakin kita tidak akan ketinggalan pada peringkat-peringkat perlumbaan yang lain kecuali di pendakian Genting Highlands (peringkat ke enam) yang masih merupakan kelemahan utama kita," katanya.

Sementara itu William ketika diminta mengulas mengenai sasaran Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk menduduki tempat ke-12 secara keseluruhan, berkata beliau memerlukan lebih masa untuk merealisasikannya.

"Ia akan menjadi kenyataan jika sasaran ialah pada tahun depan kerana kami tidak mendapat masa yang cukup, tetapi adalah tidak mustahil untuk pelumba kita menamatkan perlumbaan pada kedudukan sepuluh teratas.

"Untuk melahirkan pelumba pecut dan pendakian yang baik, ia mengambil masa kira-kira lima tahun dan ia adalah sesuatu yang baik kerana kita telah memulakannya sekarang," katanya.

Perlumbaan edisi ke-15 LTdL pada tahun ini akan berlangsung dari 1 hingga 7 Mac ini yang akan menampilkan 20 pasukan bermula di Kota Baharu, Kelantan dan berakhir di Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan