Malaysia Terus Kuasai Kedudukan Lima Tempat Teratas Di Doha

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Malaysia terus menduduki lima tempat teratas kategori Optimist terbuka kejohanan Qatar International Regatta 2010 yang sedang berlangsung di Doha.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah menerusi e-mail berkata pelayar pelapis kebangsaan Ahmad Latif Khan seperti dijangka mendahului pelayar lain dalam acara itu setelah menamatkan enam perlumbaan setakat ini.

Pelayar negara, Muhamad Farhan Hamid, Ahmad Syukri Abdul Aziz, Mohamad Faizal Norizan dan Nurul Izzatul Akmar Muhamad Ruzaimi masing-masing menduduki tangga kedua hingga kelima.

Dalam acara Laser 4.7 terbuka, pelayar negara Nur Amirah Hamid masih kekal di tangga kedua dari 25 pelayar manakala dua rakannya, Mohamad Amirul Shafiq dan Khaurneeta Mohd Afendy masing-masing di tangga ketiga dan kelapan.

Pelayar Negara Harithammry Nassation tidak mampu memberi saingan kepada pelayar Tunisia, Qatar, India dan Rusia dalam kelas Laser Standard.

Kemungkinan tiupan angin terlalu perlahan menjadi faktor hingga beliau hanya mampu menduduki tangga kesembilan dari 26 pelayar.

Begitu juga pelayar muda Khairulnizam Mohd Afendy turut gagal mencapai sasaran apabila tidak dapat beraksi cemerlang dalam keadaan angin sederhana.

Khairulnizam yang menjuarai Regatta Perdana Langkawi bulan lepas, menduduki tangga ketujuh dari 34 pelayar dalam kelas Leser Radial.

Regatta yang dijadual berakhir Sabtu ini disertai 200 pelayar dari Belgium, Bahrain, Oman, Tunisia, Australia, New Zealand, Norway, Pakistan, India, Iran, Malaysia dan tuan rumah Qatar.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan