Hup Wei Mahu Pecah Rekod Di Iran

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei mahu menjadikan Kejohanan Dalam Dewan Asia di Iran minggu depan sebagai medan untuk memecahkan rekod kebangsaan dan peribadinya setinggi 2.27 meter yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Terbuka China dua tahun lepas.

Beliau akan berlepas pada Isnin depan bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di sana menjelang kejohanan itu dari 24 hingga 26 Februari.

Sejak mencipta rekod itu pada 2008, catatan terbaiknya selepas itu ialah 2.18 meter ketika meraih emas Sukan SEA di Laos pada Disember tahun lepas.

Mengenai Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou, kedua-dua pada penghujung tahun ini, Hup Wei berkata, dia masih menunggu keputusan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengatur kejohanan yang perlu disertainya sebelum layak ke kedua-dua temasya sukan itu.

Had kelayakan ke Sukan Asia ialah sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga di Doha 2006 dan bagi Sukan Komanwel, tempat keenam pada Sukan Komanwel Melbourne 2006.

Pada Sukan Asia Doha pada 2006, Hup Wei menduduki tangga kelapan dengan catatan 2.15 meter. Dia tidak menyertai Sukan Komanwel 2006 di Melbourne kerana mengalami kecederaan lutut.

Hup Wei kini menjalani latihan di Kompleks Sukan Bukit Jalil di bawah pengawasan jurulatih peribadinya, Alfaro, dari Cuba. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan