Pesaka Yakin Kekal Tujuh Emas Di Kejohanan Dunia Di Singapura

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keupayaan pesilat negara meraih empat emas pada temasya Sukan SEA di Laos meyakinkan Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) untuk mengekalkan pungutan tujuh emas pada Kejuaraan Silat Dunia di Singapura, November ini.

Penyelaras Pesaka, Osman Nok berkata sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan program latihan pusat yang dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) yang akan bermula awal Mac ini.

"Kita yakin mampu mengekalkan jumlah pungutan pingat yang dimenangi di Kuantan, Pahang pada 2007," katanya kepada Bernama di sini.

Pada Kejuaraan Silat Dunia yang diadakan di Kuantan pada 2007, skuad kebangsaan meraih tujuh emas, dua perak dan lima gangsa.

Osman berkata seramai 29 pesilat elit kebangsaan akan menyertai latihan pusat yang dibahagikan kepada dua sesi, bermula dengan 12 orang pada bulan Mac sementara baki 17 pesilat akan menyertai mereka bermula dari Ogos hingga Disember.

Beliau berkata Pesaka akan menganjurkan Kejuaraan Silat Kebangsaan di Stadium Indera Mulia, Ipoh dari 6 hingga 10 Ogos.

Selain itu, pesilat kebangsaan akan menyertai Kejohanan Silat Terbuka Belgium dari 14 hingga 19 Mei dan Kejuaraan Silat Jemputan Asean di Kuantan dari 10 hingga 17 Julai depan.

Pada Sukan SEA di Laos tahun lepas, pesilat negara memperoleh empat pingat emas dan enam gangsa.

Ia dimenangi oleh Faizal Abdullah (Kelas H bawah 85kg lelaki), Mohd Fauzi Khalid (Kelas F bawah 75kg lelaki), Mohd Hafiz Mahari (Kelas A bawah 50kg lelaki) dan Emy Latip (Kelas C bawah 60kg wanita). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan