Wilayah Persekutuan Sasar Lapan Emas Olahraga SUKMA

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua kejohanan olahraga pada April dan Mei ini akan menjadi medan pemilihan atlet olahraga Wilayah Persekutuan untuk merebut tempat ke Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka Jun ini.

Pengurus olahraga kontinjen WP ke Sukma, Shamsul Bani Abdullah berkata, Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan pada pertengahan April dan Kejohanan Olahraga Terbuka Wilayah Persekutuan pada 29-30 Mei akan menjadi medan pemilihan.

Kedua-dua kejohanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Seramai 50 atlet olahraga dari WP perlu menjadikannya sebagai gelanggang untuk melepasi had dan masa kelayakan ke Melaka," kata Shamsul Bani kepada Bernama.

Beliau berkata, kontinjen Sukma Wilayah Persekutuan yang disertai atlet dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, menyasarkan antara empat dan lapan emas dari acara olahraga.

Pada Sukma Terengganu 2008, skuad olahraga menyumbangkan dua emas, tujuh perak dan 10 gangsa bagi membantu Wilayah Persekutuan menduduki tangga kelima keseluruhan dengan 29 emas, 38 perak dan 57 gangsa.

Semua atlet terpilih akan menjalani latihan pusat selama seminggu pada Mei. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan