Kemelut Pemanah Compound Mungkin Berakhir

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masalah ketiadaan jurulatih tetap untuk skuad memanah Compound negara mungkin akan berakhir tidak lama lagi selepas prestasi cemerlang pasukan itu sejak kebelakangan ini mendapat perhatian Majlis Sukan Negara (MSN).

Mengambil kira kejayaan skuad itu serta dedikasi para atletnya terutama pada Kejohanan Grand Prix Memanah Asia Pertama dan Sukan SEA di Laos, badan itu berpendapat sudah tiba masanya pasukan tersebut mempunyai jurulatih tetap.

"MSN akan berbincang dengan Persatuan Memanah Kebangsaan dalam masa terdekat berhubung pelantikan jurulatih," kata Ketua Bahagian Persediaan Atlet Elit MSN Ariffin Mohd Ghani kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata permasalahan itu perlu diselesaikan segera khususnya untuk menyediakan pemanah acara Compound bagi menghadapi dua temasya sukan penting iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Katanya tidak timbul persoalan acara Compound dianak tirikan kerana kedua-dua acara memanah Compound dan Recurve adalah acara sukan yang menyumbang pingat kepada negara.

Pada masa sekarang kebanyakan atlet acara Compound berlatih secara bersendirian atau mendapat bimbingan pasukan memanah di tempat mereka bekerja atau belajar, berbanding pemanah acara Recurve yang memiliki tiga jurulatih tetap.

"Antara acara Compound dan Recurve, tiada perbezaan yang ketara. Cuma yang membezakannya hanyalah peralatan (busar). Jarak pertandingan juga sama.

"Mungkin disebabkan acara Recurve dipertandingkan di Sukan Olimpik manakala Compound tidak dipertandingkan pada sukan terbesar dunia itu, kami terpinggir," kata bekas pemanah Compound yang enggan namanya disebutkan.

Perkara itu turut diakui pemenang pingat emas acara Compound berpasukan wanita pada Kejohanan Grand Prix Memanah Asia Pertama minggu lepas, Faten Nurfatehah Mat Salleh.

"Kami berlatih secara berasingan dan kami tidak mempunyai program latihan berpusat atau sepenuh masa sepertimana pemanah Recurve. Kami juga tidak mempunyai jurulatih tetap yang akan membimbing kami semasa beraksi pada mana-mana kejohanan," katanya.

Pada kejohanan berkenaan, Faten Nurfatehah bergandingan bersama-sama Nor Rizah Ishak dan Nurhidayah Abdul Latip, yang hanya berlatih dua hari sebelum pertandingan, berjaya menewaskan pasukan berpengalaman dari India 232-214 untuk menyumbang pingat emas buat Malaysia.

Jumlah 232 mata yang dikumpul pada perlawanan akhir tersebut sekali gus berjaya mencipta rekod baru kebangsaan.

Rekod terdahulu ialah 226 mata yang dilakukan pada Kejohanan Memanah Terbuka Universiti Putra Malaysia(UPM) tahun lepas.

Pada temasya Sukan SEA Laos tahun lepas pula, Faten Nurfatehah, Nurhidayah dan Saritha Cham Nong, menyumbang pingat perak selepas tewas kepada pasukan Myanmar 214-217 pada perlawanan akhir.

Meskipun berhadapan dengan pelbagai kekurangan, pasukan Compund pada Kejohanan Grand Prix Memanah Asia Pertama 2010, berjaya menyumbang tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa kepada negara.

Sementara pasukan pemanah Recurve yang menjadi sandaran untuk menyumbang pingat emas hanya mampu meraih tiga pingat gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan