Zaira Zakaria Mahu Pecahkan Rekod Kebangsaan Miliknya Pada Sukan Komanwel

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat gangsa angkat berat kategori 48kg wanita pada Sukan SEA Laos 2009, Zaira Zakaria, berhasrat untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Sukan Komanwel New Delhi, India, November depan.

Zaira, 23, mencipta rekod berkenaan dengan jumlah angkatan seberat 166.94kg iaitu 72.94kg bagi acara snatch dan 94kg bagi acara Clean and Jerk semasa mewakili Kedah pada Sukan Malaysia (Sukma) Kedah pada 2006.

"Saya ingin memperbaharui rekod kebangsaan yang lakukan ketika beraksi di Sukma Kedah dan saya menyimpan hasrat untuk memenangi sekurang-kurangnya pingat gangsa di New Delhi nanti," katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Sebagai persediaan menghadapi Sukan Komanwel itu, Zaira kini giat menjalani latihan di bawah kendalian pembantu jurulatih angkat berat kebangsaan, Martin Guntali.

Selain rutin latihan tetap di Majlis Sukan Negara (MSN), Zaira dijadualkan akan menyertai dua kejohanan iaitu Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kedah pada penghujung Mac dan Sukma Melaka dari 10 hingga 19 Jun depan bagi memantapkan persiapannya ke Sukan Komanwel.

Pada penyertaan pertamanya di Sukan Komanwel Melbourne 2006, Zaira hanya berjaya mengangkat bebanan seberat 145kg dan menduduki tempat kelima keseluruhan.

Pada Sukma Terengganu 2008, Zaira menyumbang tiga pingat emas untuk Kedah dengan angkatan keseluruhan 165kg iaitu 72kg bagi acara snatch dan 93kg bagi acara clean and jerk. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan