Memanah: Skuad Compound Sumbang 3 Emas, 1 Perak Untuk Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan pemanah Compound negara membawa keceriaan kepada kem Malaysia dengan menyumbang tiga pingat emas dan satu perak pada hari terakhir Kejohanan Grand Prix Memanah Asia Pertama 2010 di Kompleks Sukan MSN Taman Keramat di sini hari ini.

Pingat emas negara diperoleh melalui acara Compound individu lelaki serta berpasukan lelaki dan wanita.

Pencarian pingat emas negara dimulakan pemanah senior, Lang Hon Keong yang menewaskan Jayanthilal Nanoma dari India dengan 116-114.

"Saya akui saingan agak sengit daripada pemanah India. Mereka mempunyai ramai pemanah yang bagus. Sasaran saya selepas ini ialah untuk terpilih mewakili negara ke Sukan Komanwel," kata pemanah berusia 42 tahun itu.

Berbekalkan kejayaan meraih pingat emas acara individu, Lang mengetuai trio Malaysia yang turut dianggotai Muhammad Zaki Mahazan dan Frankie Ting untuk meraih pingat emas kedua negara melalui acara Compound berpasukan lelaki.

Bidikan konsisten Lang yang menyumbang 79 mata daripada jumlah keseluruhan pasukan Malaysia ketika menewaskan trio India Chinna Raju Srither, Palton Hansda dan Jayanthilal Nanoma berkesudahan dengan 227-224.

Dalam acara Compound wanita, Nor Rizah Ishak hanya mampu berpuas hati dengan pingat perak selepas tunduk kepada Jhanu Hansdah dari India dengan perbezaan empat mata, 110-114.

Namun beliau dapat mengubat kekecewaan itu dengan meraih pingat emas acara Compound berpasukan wanita selepas bergabung dengan Faten Nurfatehah Mat Salleh dan Nurhidayah Abdul Latip untuk menang bergaya ke atas India dengan 232-214.

Jumlah 232 mata yang dikumpul pada perlawanan akhir hari ini sekali gus berjaya mencipta rekod baru kebangsaan. Rekod terdahulu ialah 226 mata yang dilakukan di Kejohanan Memanah Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun lepas.

"Kejayaan ini amat berbaloi kepada kami bertiga walaupun kami berlatih secara bersendirian di tempat masing-masing (Nor Rizah di Lumut, Faten Nurfatehah di UiTM Pahang dan Nurhidayah di UiTM Shah Alam). Kami hanya berlatih secara bersama dua hari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan