Indonesia Cadang Anjur Sukan SEA Ke-26 Pada 11.11.2011 - Sukan Ekstra | mStar

Indonesia Cadang Anjur Sukan SEA Ke-26 Pada 11.11.2011

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tuan rumah Sukan SEA ke-26, Indonesia dijangka mempertandingkan 37 acara sukan pada temasya dwitahunan yang melibatkan 10 negara Asean serta Timor Leste dan dijangka berlangsung dari 11 hingga 25 November tahun depan.

Komite Olimpiade Indonesia (KOI) dalam laman web rasminya mengesahkan daripada 37 acara yang ditawarkan, 22 daripadanya ialah acara yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik sementara 15 lagi bukan acara yang dipertandingkan di Olimpik.

"Kami mengusulkan untuk mengadakan SEA Games tanggal 11 November 2011 pada presentasi kami di Asian Games Federation Meeting. Saya fikir akan sangat bagus jika tertulis: 11/11/11," menurut Setiausaha Agung KOI, Arie Ariotedjo dalam laman web tersebut.

Temasya Sukan SEA ke-26 di Indonesia akan diadakan di empat Wilayah iaitu Jakarta, Bandung, Semarang dan Palembang.

Menurut laman web tersebut, tarikh berlangsungnya temasya itu adalah cadangan dari Indonesia sendiri dan akan diputuskan pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) April ini.

Jakarta dijangka akan menjadi tuan rumah bagi acara olahraga, berbasikal (trek), bola keranjang, futsal, silat, tenis, ping pong, badminton, lawan pedang, judo, pelayaran, kenpo dan bolasepak.

Bandung pula akan mempertandingkan akuatik, taekwondo, kenu, mendayung, perlumbaan bot tradisional, sukan tari, catur, bola tampar, karate, bola lisut, tenpin boling, ekuestrian dan berbasikal (lebuh raya dan basikal lasak).

Palembang akan menganjurkan acara bolasepak, gusti, gimnastik, wushu, powerlifting, angkat berat, aquatik, olahraga dan memanjat tembok tiruan. Acara memanah, tinju, snuker/biliard, sepak takraw, menembak, kasut roda serta sukan lain yang melibatkan acara paralimpik akan diadakan di Semarang.

Temasya di Jakarta tidak mempertandingkan acara bola baling, hoki dan triatlon.

Indonesia sudah tiga kali menjadi tuan rumah sebelum ini iaitu pada 1979, 1987 dan 1997 dan mencul juara keseluruhan pada ketiga-tiga edisi tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan