Ironman Langkawi 2010 Dijangka Jana Pendapatan RM30 Juta

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kejohanan Ironman Langkawi 2010 dijangka memberi pendapatan sehingga RM30 juta kepada pengusaha industri pelancongan di pulau perangian ini di mana sebanyak 729 peserta dari 49 buah negara akan menyertainya pada 27 Feb ini.

"Dengan penyertaan yang ramai ini, yang dijangka ramai daripada peserta akan turut membawa keluarga masing-masing ke pulau bebas cukai ini, ia sekaligus boleh menjana pendapatan yang lebih kepada pengusaha pelancongan di sini," kata Pengarah kejohanan, Datuk A. Chandrakumanan.

Beliau berkata ramai atlet dunia yang akan mengambil bahagian termasuk juara bertahan kategori lelaki Luke Mackenzie dan juara wanita Belinda Granger, kedua-duanya dari Australia.

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan kali ini berjumlah US$50,000 (RM170,500).

Chandrakumanan berkata antara negara yang mengambil bahagian ialah Jerman, Jepun, Afrika Selatan, New Zealand, Amerika Syarikat, Itali, Argentina, Belgium, Australia, Kanada selain dari negara Asean.

Beliau berkata sebanyak 225 atlet tempatan turut mengambil bahagian.

"Jumlah atlet dijangka meningkat kerana penyertaan masih dibuka sehingga Ahad ini," katanya.

Beliau berkata sebanyak 225 atlet tempatan turut mengambil bahagian.

Kejohanan melibatkan tiga disiplin acara iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal sejauh 180 kilometer dan berlari sejauh 42.2 kilometer. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan