Peserta Negara Kuasai Lumba Jet Ski Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lima peserta negara berjaya menguasai tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan Lumba Jet Ski Dunia yang berakhir di Pulau Duyong di sini hari ini.

Malah, dua peserta negara Peter Ho dari pasukan LT Kawasaki Racing dan Zulfaizal Sukri dari pasukan CTM turut mencipta kejutan apabila berjaya muncul juara dan naib juara dalam kategori Runabout Endurance Terbuka dengan menewaskan jaguh dunia tiga kali, Christ Fishchetti.

Selaku juara, Peter membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, diikuti Zulfaizal menerima hadiah RM5,000, manakala Fishcetti terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500.

Peter turut memenangi kategori Novis Runabout 4-Stroke Stock Terbuka setelah menewaskan peserta negara Hanif Sukri dari pasukan CTM sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Seorang lagi peserta Malaysia yang turut memenangi kejuaraan berganda ialah Supak Settura dari pasukan Wirajet Sports & Marine yang mengungguli kategori Pro-Am Runabout Terbuka setelah menewaskan seorang lagi jaguh dunia dari Amerika Amy Green.

Selain itu, Supak turut beraksi cemerlang dalam kategori Expert Runabout Terbuka mengalahkan juara British, Seth Wilkinson yang terpaksa akur di tempat kedua. Kejayaan itu, membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah sebanyak RM11,000.

Bagi kategori Expert Runabout 800 Terbuka Malaysia dimenangi oleh Mohd Nur Azahari Ahmat Baddri, Expert Runabout Terbuka Malaysia dikuasai Ron Tan Kim Guan, dan Supadet dari pasukan Eme Jetski Team Racing pula memenangi Pro-Am Runabout 800 Terbuka.

Dua lagi kategori iaitu Wanita Runabout Terbuka dan Veteran Runabout Terbuka, dikuasai peserta dari Amerika Syarikat dan Thailand.

Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Kejohanan Lumba Jet Ski Dunia yang julung kali diadakan di Malaysia selama tiga hari bermula Khamis lepas dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM82,500. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan