SSBP Anggap penting Hantar Pelajar Ke Luar Negara

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Walaupun menghadapi kekurangan sumber kewangan berikutan keadaan ekonomi semasa, Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) berazam akan meneruskan usaha menghantar pelajarnya menyertai pelbagai kejohanan di luar negara bagi menimba pengalaman dan menyediakan mereka sebagai atlit negara.

"Peluang menyertai kejohanan di luar negara adalah amat penting terutamanya di dalam membina pengalaman dan pendedahan di kalangan atlit muda SSBP.

"Kita tidak akan duduk diam walaupun berhadapan dengan kekangan bajet. Penyertaaan di dalam kejohanan dan pertandingan di luar negara penting kerana ia amat membantu meningkatkan pendedahan serta pengalaman atlit muda kita," kata Pengetuanya, Wan Ibrahim Wan Chik kepada Bernama.

Katanya, pihaknya telah merangka beberapa pendekatan kreatif bagi memperolehi sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan pelajar ke luar negara.

"Pendekatan kreatif itu termasuklah bekerjasama dengan Majlis-majlis Sukan Negeri serta persatuan sukan kebangsaan untuk menampung sebahagian daripada kos SSBP dalam menghantar pelajar kita ke luar negara," kata Wan Ibrahim.

Beliau yang juga merupakan jurulatih ragbi kebangsaan berkata, atlit SSBP di dalam beberapa kategori sukan dijadual akan menyertai latihan insentif dan beberapa kejohanan antarabangsa di luar negara tahun ini.

"Misalnya atlit lumba basikal lebuh raya, akan menyertai kejohanan di Bandung, Indonesia akhir bulan ini, manakala skuad ragbi dijadual bertanding di kejohanan antarabangsa di Bangkok, Thailand bulan depan," katanya. SSBP terkenal sebagai "lombong" yang banyak menghasilkan pemain ragbi remaja kebangsaan serta atlit kebangsaan, serta atlit bagi sukan yang lain.

Bagi Kejohanan Ragbi Bawah 19 Tahun Asia tahun lepas, 99 peratus pemain yang mewakili negara terdiri daripada pelajar SSBP.

Menurut Wan Ibrahim, skuad sukan pedang SSBP yang kini dilatih oleh jurulatih berpengalaman daripada Indonesia turut dijadualkan menjalani latihan di republik berkenaan tahun ini.

Selain itu katanya, skuad hoki remaja kebangsaan yang dianggotai sehingga sembilan orang pemain daripada SSBP turut dijadual menyertai beberapa kejohanan antarabangsa di luar negara.

Beliau juga berkata, antara 60 hingga 70 orang atlit muda daripada SSBP juga dijangka mewakili Johor pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka tahun ini.

"Bentuk latihan yang sistematik serta penyertaan berterusan di dalam kejohanan dalam serta luar negara telah membolehkan SSBP melahirkan ramai atlit kebangsaan," katanya.

Antara atlit kebangsaan terkenal yang berjaya dilahirkan oleh SSBP sehingga kini termasuklah Daniel Bego (renang), Faizal Shaari (hoki) dan Nur Fatehah Mustapha (lumba basikal wanita). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan