Empat Kejohanan Utama Tumpuan Atlit Bina Badan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah acara bina badan tidak dipertandingkan di Sukan Komanwel dan Sukan Asia, Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) kini memberi tumpuan kepada empat kejohanan utama sukan tersebut bagi kalendar tahun ini.

Setiausaha kehormatnya, Kamaruzaman Kadir berkata, PBBM akan menghantar pembina badan negara ke Kejohanan Bina Badan Asia ke-44 di Tehran, Iran (2-7 Ogos), Kejohanan Bina Badan SEA di Singapura (29 September-3 Oktober), Kejohanan Bina Badan Dunia di Bangkok, Thailand (3-8 November) dan Sukan Pantai di Muscat, Oman (6-14 Disember).

"Pemilihan atlet ke semua kejohanan tersebut akan diadakan melalui kejohanan di negeri-negeri serta Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-41 yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada Julai," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut kalendar PBBM, negeri-negeri akan turut menganjurkan sirkit tempatan bermula dengan Mr Perak (6 Jun), Mr Kelantan (19 Jun), Mr Selangor (27 Jun) dan Mr ATM (27 Jun).

Kamaruzaman berkata, memandangkan bina badan bukan dalam sukan teras, persatuan menghadapi masalah kewangan untuk menghantar pembina badan negara ke kejohanan di luar negara.

"Bagi tahun ini, tumpuan utama PBBM sebenarnya pada kejohanan di Tehran dan Thailand. Bagi Kejohanan peringkat Asia di Tehran, persatuan cuma mampu menghantar seorang atau dua atlet dan bagi Kejohanan Dunia di Bangkok, PBBM cuba untuk menghantar lebih ramai pembina badan berdasarkan faktor venue yang dekat serta kos yang lebih rendah," katanya.

Beliau berkata, ketika ini terdapat antara 15 dan 20 pembina badan yang berpotensi untuk membawa cabaran Malaysia ke kejohanan luar negara.

"Cuma yang menyerlah ialah juara Mr Universe sebanyak lima kali, Sazali Abd Samad. Yang lain perlukan lebih banyak pendedahan serta konsisten dalam pencapaian," kata Kamaruzaman.

Sukan Komanwel di New Delhi, India akan berlangsung dari 3-14 Okt dan Sukan Asia di Guangzhou, China dari 13-21 November. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan