Taekwondo: Wakil MTA Akan Serah Memorandum Kepada Perdana Menteri

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan daripada Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) yang telah digantung keahlian mereka akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada kemelut dalaman badan induk sukan itu secepat mungkin.

Bekas presidennya Raja Taharuddin Raja Nong Chik berkata memorandum itu bagi menyatakan rasa kekecewaan di atas pengumuman penubuhan Taekwondo Malaysia (TM).

untuk mengambil alih peranan MTA sebagai badan induk oleh Jawatankuasa Ad Hoc baru-baru ini.

"Jawatankuasa Ad-Hoc yang dipertanggungjawabkan hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman MTA, bukannya menubuh satu persatuan yang baru." katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama tujuh persatuan taekwondo negeri di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini semalam.

Jawatankuasa Ad Hoc yang dipengerusikan presiden MOM Tunku Imran Tuanku Jaafar telah ditubuhkan oleh Pesuruhjaya Sukan pada masa itu, Tan Sri Elyas Omar, pada awal tahun 2008.

Raja Taharudin yang telah digugurkan keahlian dalam Jawatankuasa Ad Hoc September tahun lepas atas alasan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perjalanan Jawatankuasa Ad Hoc itu, berpendapat peranan dan cara Jawatankuasa Ad Hoc mengendalikan masalah dalaman MTA telah gagal.

Beliau menjelaskan terdapat dua intipati di dalam memorandum itu iaitu melahirkan kekecewaan dengan penubuhan TM tanpa mengadakan perbincangan bersama MTA dan ahli-ahlinya serta meminta mempercepatkan menyelesaikan masalah badan sukan itu.

Katanya salinan memorandum itu juga akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, dan Pesuruhjaya Sukan Datuk Nik Mahmud Nik Yusof.

Menurutnya sepanjang dibawah Jawatankuasa Ad Hoc itu MTA dan ahli-ahlinya mematuhi setiap syarat terkandung dalam surat akur janji.

"Jawatankuasa Ad Hoc telah mengarahkan diadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 24 Oktober tahun lepas dengan setiap delegasi bersetuju untuk memindahkan perlembagaan persatuan itu.

"Selepas itu, Jawatankuasa Ad Hoc telah mengeluarkan satu notis pada 27 Disember tahun lalu untuk mengadakan Persidangan Delegasi Dwitahunan untuk memilih siapa yang akan mengetuai MTA tetapi sehingga kini belum dijalankan.

"Bila pihak kami menulis surat kepada Jawatankuasa Ad Hoc, kami tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak mereka. Sebaliknya, Jawatankuasa Ad Hoc telah mengumumkan penubuhan Persatuan Taekwondo Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan