Pusat Akuatik Sukma Siap Bulan Depan

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pusat akuatik di Kompleks Stadium Hang Jebat di sini yang sedang dalam pembinaan menjelang Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, dijangka siap sebelum akhir Januari tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pusat akuatik berharga RM33 juta itu kini 92 peratus siap, katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat berkenaan di sini hari ini.

Sukma ke-13 akan berlangsung di Melaka dari 10 hingga 19 Jun tahun depan melibatkan 34 acara.

Mohd Ali berkata empat lagi gelanggang baru iaitu boling padang, ekuestrian, perahu layar dan hoki, juga dijangka siap mengikut jadual. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan