Lebih 140 Peserta Tempatan Sahkan Penyertaan Ironman Langkawai 2010 - Sukan Ekstra | mStar

Lebih 140 Peserta Tempatan Sahkan Penyertaan Ironman Langkawai 2010

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Lebih 140 peserta tempatan telah mengesahkan penyertaan setakat ini pada Kejohanan Ironman Langkawi 2010 yang akan berlangsung pada 27 Februari depan. Pengarah kejohanan, A.Chandrakumanan berkata, peserta-peserta itu mewakili pelbagai pasukan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta peserta perseorangan.

"Penyertaan masih lagi diterima kerana tarikh tutup kejohanan edisi ke-11 ini ialah pada 16 Feb," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Katanya sehingga kini pihak penganjur telah menerima 600 penyertaan termasuk alet dari 36 negara antaranya Afrika Selatan, New Zealand, Amerika Syarikat, Itali, Argentina, Belgium, Australia, Kanada dan negara-negara Asean.

"Kita mensasarkan 700 peserta akan menyertai kejohanan kali ini," katanya. Ironman Langkawi mengandungi tiga disiplin iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan larian sejauh 42kilometer.

Kejohanan itu turut menjadi salah satu pusingan kelayakan ke kejohanan Ironman Dunia 2010 di Kona, Hawaii.

Sementara itu, seorang peserta tempatan, Che Mansor Khamis,48, dari Pasukan Gerakan Marin Langkawi bertekad untuk memperbaiki masa terbaik yang pernah dicatatkannya iaitu 12 jam pada tahun ini kepada 11 jam 30 minit pada edisi akan datang. "Saya yakin boleh melakukan catatan itu," katanya yang telah mendaftarkan diri untuk bertanding dalam kategori umur 45 hingga 49 tahun.

Che Mansor pernah melayakan diri ke pusingan akhir kejohanan Ironman Dunia di Hawaii pada 2005, namun terpaksa mengenepikan peluang itu kerana ketiadaan penaja. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan