Kedah Yakin Julang Piala Emas Raja-Raja

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kelebihan beraksi di tempat sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kedah untuk merampas kembali trofi Piala Emas Raja-Raja apabila bertemu Perlis dalam perlawanan akhir di Stadium Darul Aman malam esok.

Ketua jurulatihnya, Mohammad Ramlee berkata kehadiran penyokong yang ramai merupakan antara faktor penting untuk menyemarakkan semangat pemain mempamerkan aksi terbaik mereka.

"Memang tidak dinafikan bahawa bermain di tempat sendiri adalah satu kelebihan bagi kami, namun saya tetap menasihatkan pemain supaya berwaspada ketika beraksi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohammad berkata pasukan yang kurang melakukan kesilapan berpeluang cerah untuk menang kerana pentas akhir adalah sesuatu yang berbeza berbanding saingan peringkat kumpulan.

Kedah mara ke perlawanan akhir apabila mengatasi Singapura dengan agregat 3-2 manakala Perlis menyingkirkan Johor dengan agregat 3-0.

Kali terakhir Kedah menjulang piala tersebut ialah pada tahun 2005 apabila mengalahkan Kelantan 2-1.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dijangka berangkat menyaksikan perlawanan itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan