PSM Perlu Muhasabah Diri: Zolkples

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu muhasabah diri berikutan kegagalan meraih sebarang pingat emas pada Sukan SEA Laos yang berakhir minggu lepas.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, persatuan itu tidak sepatutnya cepat melatah sebaliknya perlu mencari kekurangan diri.

"Kita (MSN) sentiasa bersedia dan terbuka untuk membantu mereka," katanya ketika ditanya pemberita mengenai kegagalan skuad sepak takraw lelaki kebangsaan itu selepas menghadiri Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 hari ini.

Beliau berkata bukan MSN yang menjanjikan pingat emas pada Sukan SEA tetapi mereka (PSM) yang berbuat demikian.

"Kita sebenarnya memberi sepak takraw lebih daripada yang sepatutnya diterima sukan lain seperti tinju yang memenangi dua emas pada Sukan SEA, yang pastinya akan diberikan pendedahan secukupnya selepas ini kerana berpeluang cerah pada Sukan Asia dan Komanwel," katanya.

Sepak takraw sebelum ini gagal menyerlah di Laos apabila sekadar meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan dan antara regu.

Mengenai kenyataan Ahli Majlis PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang mencadangkan skuad kebangsaan dibubarkan jika MSN tidak mahu membantu dari segi kewangan pada tahun depan, Zolkples berkata itu adalah hak mereka.

"Di beberapa negara, presiden atau perdana menteri meletak jawatan kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab. Tepuk dada tanya selera," katanya.

Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail sebelum ini turut dilaporkan bersedia untuk berundur berikutan prestasi buruk yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan itu.

Namun beliau menyerahkan kepada ahli-ahli gabungan bagi menentukan nasibnya serta pegawai-pegawai lain persatuan dalam pemilihan akan datang yang dijadualkan Februari tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan