SEA: Akuatik Dan Karate Tutup Kelemahan Sukan Lain

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Malaysia meraih 40 emas pada temasya Sukan SEA ke-25 yang berakhir di sini semalam, sekaligus melepasi sasaran maksimum 35 emas tetapi kontinjen Malaysia terus berharap kepada sukan tertentu untuk mencapai sasaran tersebut, sekaligus menutup kelemahan sukan lain.

Bagi temasya dwi-tahunan di sini yang berlangsung secara rasmi pada 9 Dis, renang merupakan penyumbang terbesar pingat emas selepas meraih sembilan emas, diikuti terjun (enam), karate (lima), olahraga (enam), pencak silat (empat), wushu (tiga), tinju (dua), badminton (dua) dan masing-masing sebutir emas bagi bola sepak lelaki, memanah dan taekwondo.

Pada edisi ke-24 di Korat, Thailand pada 2007, renang menyumbangkan tujuh emas, terjun (tujuh), karate (lapan) dan olahraga (tujuh).

Jelas, acara akuatik yang yang mempertandingkan acara renang dan terjun serta sukan karate merupakan penyumbang utama kepada kutipan emas Malaysia.

Mengikut sasaran yang dibuat oleh Majlis Sukan Negara (MSN), bagi edisi di Vientiane ini, akuatik disasarkan empat emas menerusi renang dan enam dari terjun, olahraga (tujuh) menembak (empat) karate (tiga).

Sasaran emas juga diletakkan kepada sukan memanah, wushu, pencak silat dan taekwondo.

Selepas berakhir semua acara di Vientiane, akuatik mendapat 15 emas, melebihi lima daripada yang disasarkan dan karate yang mendapat lima, lebih dua daripada sasaran, olahraga kurang satu emas dari yang disasarkan sementara menembak pulang tanpa sebarang emas.

Sehingga bilakah acara-acara tersebut terus digunakan bagi menutup kelemahan sukan lain yang gagal menyumbangkan emas pada peringkat temasya terendah ini ?

Kredit harus diberikan kepada sukan yang tidak disasarkan emas tetapi turut menyumbang bagi membolehkan kontinjen negara yang dianggotai 348 atlet dan 120 pegawai, yang diketuai Datuk Dr Ramlan Abd Aziz meraih 40 emas dari temasya ini.

Acara tersebut ialah silat yang menyumbangkan empat emas, wushu (tiga) dan tinju (dua).

Terdapat jurulatih dan pengurus pasukan yang memberikan alasan pasukan lain menunjukkan peningkatan berbanding pasukan negara.

Apakah tidak cukup segala bantuan yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN)?

Atau bermaksud prestasi Malaysia tepu tetapi negara lain semakin meningkat? Jika dilihat kepada carta kutipan pingat keseluruhan, negara yang dahulunya berada di tangga terbawah seperti Vietnam dan Laos, kini mampu mencapai kutipan emas yang membanggakan.

Vietnam contohnya muncul naib juara edisi di Vientiane selepas mengutip 83 emas, 75 perak dan 57 gangsa.

Negara tersebut kini muncul antara kuasa sukan baru di rantau ini selepas menganjurkan Sukan SEA pada 2003.

Menjadi tradisi Sukan SEA, negara yang menjadi tuan rumah selalunya menjadi juara keseluruhan dan sebelum tahun 2000, negara yang bersaing menjadi juara keseluruhan ialah Thailand dan Indonesia.

Tetapi kini, trend tersebut telah berubah. Walaupun Thailand tetap unggul namun saingan untuk menduduki tangga kedua dan ketiga kini terbuka antara Vietnam, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Bagi edisi ke-25 di sini, Malaysia menduduki tangga keempat selepas mengutip 40 emas, 40 perak dan 59 gangsa.

Thailand selaku juara bertahan daripada edisi di Korat pada 2007 terus mengekalkan kejuaraan dengan mengutip 86 emas, 83 perak dan 97 gangsa diikuti Vietnam (83, 75, 57) dan Indonesia (43, 53, 74).

Tuanrumah Laos pula berada di tangga ketujuh, di belakang Singapura dan Filipina, dengan mengumpul 33 emas, 25 perak dan 52 gangsa.

Temasya Sukan SEA ke-26 akan diadakan di Indonesia pada 2011 dan mempertandingkan 37 sukan termasuk sukan lasak seperti memanjat tembok, roller blade dan sukan terbaru dalam sejarah temasya, kempo (sejenis seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan pedang buluh.

SABAI DEE VIENTIANE. KETEMU DI INDONESIA. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan