Roslinda Cipta Rekod Baru

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Atlet lompat bergalah wanita negara, Roslinda Samsu mencipta sejarah tersendiri selepas mencatat hatrik dengan mempertahankan pingat emas acara kegemarannya di temasya Sukan SEA buat kali ketiga berturut-turut.

Kejayaan meraih pingat emas itu turut disertai dengan rekod baru Sukan SEA apabila beliau berjaya melepasi ketinggian 4.15 meter, memadam rekod lama miliknya sendiri iaitu 4.10m yang dilakukan di Manila pada 2005, bagaimanapun ketinggian itu masih jauh daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 4.40m.

Penampilan di Laos merupakan yang kelima buat Roslinda sejak Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2001 dengan meraih pingat perak dan dua tahun kemudian di Hanoi, beliau hanya memenangi gangsa.

"Saya cuba untuk buat catatan yang lebih baik tetapi di sini tiada saingan yang kuat. Apa yang saya perlu sekarang ialah pertandingan kompetetif, tidak kira sama ada di dalam atau luar negara.

"Ini penting untuk saya membuat catatan yang lebih baik terutamanya untuk menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel," kata atlet berusia 27 tahun dari Kuala Nerang, Kedah.

Menurut Roslinda, selain Sukan Asia dan Sukan Komanwel terdapat beberapa kejohanan lain sepanjang tahun depan antaranya Kejohanan Dunia dan Kejohanan Dalam Dewan Dunia.

Seorang lagi atlet negara dalam acara lompat bergalah wanita, Kathleen Ong, hanya mampu menduduki tangga kelima dengan jarak ketinggian 3.60m.

Kejayaan Roslinda kemudiannya dituruti jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, yang tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan gelaran dengan catatan 2.18m, untuk emas kedua dari acara olahraga hari ini.

Ketinggian tersebut jauh daripada rekod kebangsaan miliknya sendiri, 2.27m yang dilakukan di Terbuka China, tahun lepas.

"Saya cuba untuk mencipta rekod baru kejohanan tetapi percubaan saya tidak menjadi sebab tidak banyak saingan," katanya.

Sementara itu, Mohd Zafril Zuslaini mencuri tumpuan selepas memenangi acara 400m lelaki untuk pingat emas ketiga olahraga dengan catatan masa 47.11s, mengetepikan pencabar utama, Heru Astriyanto dari Indonesia dan Jukkatip Pojaroen dari Thailand, masing-masing mencatat masa 47.35s dan 47.53s.

"Saya tidak sangka boleh menang pingat emas. Pelari Thailand itu adalah pelari pilihan dan saya seringkali kalah kepadanya. Selalunya saya akan mendahului dari awal dan kelemahan saya ialah pada 30m sebelum garisan penamat Semasa mencapai tahap itu, saya berkata pada diri saya yang saya boleh menang kali ini," katanya.

Noraseela Khalid bagaimanapun gagal dalam percubaan pertamanya untuk merangkul pingat emas dalam acara 400m wanita apabila sekadar membawa pulang gangsa, manakala saingan 1,500m lelaki hanya menghadiahkan pingat perak dan gangsa menerusi Mohd Jironi Riduan dan M. Vadivellan.

Selepas empat hari acara olahraga berlangsung, skuad olahraga negara mengakhiri saingan ditempat kelima dengan enam pingat emas, enam perak dan empat gangsa. Thailand mendominasi arena olahraga dengan 14 emas, 20 perak dan 14 gangsa.

Selain itu, skuad olahraga berjaya mencipta dua rekod baru kejohanan iaitu menerusi Roslinda dan Tan Song Hwa dalam acara baling tukul besi wanita. Sebelum ini Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) meletakkan sasaran lapan pingat emas dari sukan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan