Pelayar Negara Masih Ada Peluang

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar Malaysia masih mempunyai peluang untuk membaiki kedudukan daripada baki tujuh perlumbaan kategori Optimist individu pada Kejohanan Optimist Asia Persatuan Optimist Dinghy Antarabangsa (IODA) 2009 di sini esok.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah yakin perubahan tiupan angin antara 18 hingga 20 knot dijangka berlaku esok dan Sabtu akan memberi kelebihan pelayar negara.

"Mereka sudah biasa dengan tiupan angin seumpama ini. Jika keadaan berubah ia menyukarkan pelayar membuat persembahan terbaik," katanya.

Naib juara Kejohanan IODA Dunia di Brazil Ogos lepas, Mohamad Faizal Norizan menduduki tangga keempat selepas menamatkan lima dari 12 perlumbaan dengan mengumpul 30 mata penalti.

Menurut Mohamad Faizal, beliau akan memastikan kedudukan terbaik dicapainya yang sekaligus akan mengibar jalur gemilang. Sebelum itu, Mohamad Faizal menduduki tangga ke-11, begitu juga rakannya Mohamad Farhan Hamid di tangga kesembilan dengan 50 mata penalti. Baki tujuh perlumbaan Optimist individu akan berlangsung esok dan tiada perlumbaan diadakan hari ini.

Pelayar pelapis kebangsaan, Ahmad Latif Ali Sabri Khan yang disebut-sebut mempunyai harapan cerah dalam kategori itu belum menampakkan kejayaan dan masih kekal ditangga ke-19 selepas menamatkan lima perlumbaan dengan 72 mata penalti.

Sebelum ini beliau meraih kejuaraan Optimist individu terbuka pada Kejohanan Kebangsaan KFC-MYA-MILO 2009 di sini minggu lepas.

Pelayar Thailand, Noppakao Poonpat yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Asia Doha 2006 masih mendahulu kategori individu dengan mengutip 11 mata penalti selepas menamatkan lima perlumbaan.

Kimberly Lim dari Singapura, pula yang menduduki tempat kedua pada hari Isnin turun ke tempat ketiga dengan 26 mata penalti manakala Vadnai Benjamin dari Hungary merampas kedudukan kedua dengan 23 mata penalti.

Pertarungan dalam tujuh perlumbaan esok dijangka hebat memandangkan pelayar akan berusaha mengatasi antara satu dengan yang lain.

Sementara itu, Thailand memenangi pingat emas setelah menjuarai berpasukan manakala Malaysia dengan pingat perak dan Singapura meraih gangsa.

Seramai 121 pelayar dari 25 negara menyertai kejohanan kali ini antaranya dari New Zealand, Australia, Perancis, Korea, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Hungary, India, Belgium, Qatar, Sepanyol, Croatia, Jepun, Itali, Jepun dan Singapura.

Kejohanan seminggu ini mempertandingkan dua kategori utama iaitu OptimistIndividu dan berpasukan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan