Atlet Judo Malaysia Raih Satu Perak, Dua Gangsa

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Atlet judo negara semalam memungut satu pingat perak dan dua gangsa pada temasya Sukan SEA ke25 di Laos pada pertandingan seni mempertahankan diri di Chao Anouvong Gymnasium, Budo Centre, di sini.

Dalam kategori lelaki 73kg, Marjan Abdullah terpaksa berpuas hati dengan perak selepas beliau tewas kepada Achilleus Ralli dari Thailand pada perlawanan akhir.

Dua pingat gangsa dimenangi dua peserta negara selepas masing-masing tewas pada saingan separuh akhir.

Dalam kategori lelaki bawah 81kg, Chong Wai Keat tewas kepada peserta Thailand, Watcharing J. manakala Noor Maizura Zainon kalah kepada peserta tuan rumah Laos, Phetnida Syamphone dalam kategori wanita bawah 48kg.

Vietnam mengungguli pungutan pingat sukan judo selepas memenangi lima emas, satu perak dan dua gangsa; diikuti Thailand 252, Filipina 203, Laos 133, Indonesia empat gangsa dan Singapura dua gangsa. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan