Pingat Emas Ke-30 M'sia Bakal Diraih Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Selepas gagal menambah pungutan emas Malaysia kelmarin, acara olahraga semalam menyumbangkan dua emas ketika debaran semakin kuat menantikan siapakah dan sukan apakah yang bakal menyumbangkan emas ke-30 buat negara, sekaligus memenuhi sasaran minimum Malaysia ke Sukan SEA ke-25 di sini.

Malaysia mensasarkan 30 hingga 35 emas daripada temasya di sini dan sasaran minimum tersebut berkemungkinan disumbangkan daripada sukan menembak, dalam acara 25m Rapid Fire pistol lelaki (individu dan berpasukan) atau memanah (Recurve lelaki berpasukan) memandangkan acara akhir kedua-dua sukan tersebut akan berlangsung di sebelah pagi.

Pada hari ketujuh temasya dwitahunan ini berlangsung secara rasmi sejak 9 Dis, Malaysia semalam mengutip empat emas, dua perak dan dan enam gangsa.

Malaysia masih kekal di tangga keempat carta kutipan pingat keseluruhan dengan mengutip 27 emas, 29 perak dan 44 gangsa.

Juara bertahan, Thailand terus unggul di tangga teratas dengan kutipan 51 emas, 56 perak dan 64 gangsa diikuti Vietnam (43, 45, 41) dan Singapura (31, 22, 31).

Tuan rumah, Laos juga kekal di tangga ketujuh di belakang Indonesia dan Filipina dengan mengutip 22, 11, 35.

Malaysia memulakan kutipan emas semalam menerusi Cheng Chu Sian yang berjaya mempertahankan emas miliknya dari edisi di Korat, dua tahun lepas, dalam acara Recurve 70m individu lelaki akhir.

Selepas hambar tanpa emas sejak tiga hari acara wushu berlangsung, Diana Bong Seong Lin akhirnya memecah kebuntuan dengan mempertahankan kejuaraannya dalam acara Taolu wanita individu.

Dia mendapat mata dari acara Nanquan (tangan kosong) dan Nandao (dengan alat) yang membantunya merangkul pingat emas kedua selepas menang yang pertama di Sukan SEA Korat pada 2007 di Thailand.

Acara olahraga kemudian menambah kutipan emas menerusi Tan Song Hwa dari acara baling tukul besi wanita dan Teoh Boon Lim dalam acara 20km jalan kaki lelaki.

Balingan Song Hwa sejauh 56.41m juga merupakan rekod baru temasya ini dan rekod kebangsaan.

Rekod Sukan SEA sebelum ini iaitu 53.35m yang dipegang Siti Shahidah Abdullah (Malaysia) yang dicatat di Sukan SEA Manila 2005 dan rekod kebangsaan miliknya iaitu 55.67m.

Acara bola sepak juga menerima durian runtuh selepas Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang tiba ke bandar ini semalam mengumumkan persetujuan Kabinet untuk menubuhkan Tabung Pembangunan Bolasepak Negara dengan jangkaan peruntukan sebanyak RM50 juta hingga RM60 juta.

Tabung tersebut yang akan diuruskan oleh lembaga pemegang amanah bertujuan membangunkan sukan tersebut di peringkat akar umbi.

Sementara pemain bola sepak negara yang akan bertarung di acara akhir bola sepak lelaki menentang Vietnam pada Khamis turut dijanjikan habuan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya memenangi pingat emas, sekaligus menamatkan kemarau selama 20 tahun selepas kali terakhir meraihnya pada edisi di Kuala Lumpur pada 1989.

Hari ini, selain sukan menembak dan memanah, sukan olahraga, wushu dan judo juga dijangka mampu terus menghadiah emas buat kontinjen negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan