Malaysia Sekadar Pingat Perak Optimist Berpasukan IODA 2009

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Malaysia sekadar berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas kepada pasukan Thailand dalam kategori Optimist berpasukan Kejohanan Optimist Asia Persatuan Optimist Dinghy Antarabangsa (IODA) 2009 di sini hari ini.

Malaysia yang dibarisi Mohamad Faizal Norizan, Mohamad Farhan Abdul Hamid, Ahmad Latif Ali Sabri Khan, Ahmad Syukri dan Nicole Chen mencuba sebaik mungkin namun nasib tidak menyebelahi mereka.

"Tiupan angin yang bertukar arah ketika hampir tiba ke garisan penamat menyukarkan kami untuk membuat percubaan terbaik, kata Mohamad Faizal yang ditemui selepas perlumbaan itu.

Pingat emas menjadi milik pasukan Thailand manakala gangsa milik pasukan Singapura dalam kejohanan yang disertai 16 negara.

Sementara itu, pelayar muda Thailand, Noppakao Poonpat, 14 yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Asia Doha 2006 masih mendahulu kategori individu dengan mengutip 11 mata penalti selepas menamatkan lima perlumbaan.

Pelayar Singapura, Kimberly Lim, pula yang menduduki tempat kedua semalam turun ke tempat ketiga dengan 26 mata penalti manakala Vadnai Benjamin dari Hungary merampas kedudukan kedua dengan 23 mata penalti.

Perlumbaan hari ini nyata serba tidak menjadi buat pelayar negara Mohamad Farhan Hamid yang menduduki tangga ketiga semalam jatuh ke tempat kesembilan selepas mengumpul 50 mata penalti.

Bagaimanapun, naib juara Kejohanan IODA Dunia di Brazil Ogos lepas, Mohamad Faizal Norizan, pula berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tangga ke11 semalam ke tangga keempat dengan 30 mata penalti.

Baki tujuh perlumbaan Optimist individu akan berlangsung pada Jumaat.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan