Skuad Akuatik Penyumbang Terbesar Pingat Kontinjen Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Skuad akuatik negara menjadi skuad paling berjaya di temasya Sukan SEA Laos setakat ini selepas menyumbang 15 pingat emas.

Selepas menutup tirai pertandingan semalam, skuad renang membawa pulang sembilan pingat emas, lima perak dan enam gangsa manakala skuad terjun menyumbang enam pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Dalam aksi di Kolam Renang Kompleks Sukan Nasional, para perenang negara mempamerkan aksi cemerlang dengan perenang lelaki Daniel Bego melebur tiga rekod kejohanan dan rekod kebangsaan melalui acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter gaya bebas serta 100 meter kuak kupu-kupu.

Tidak kurang juga dengan penampilan perenang wanita, Siow Yi Ting pada usia 24 tahun, secara individu berjaya mencipta tiga rekod baru kejohanan dan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter rampaian individu serta 100 meter dan 200 meter kuak dada wanita.

Khoo Cai Lin turut meleburkan rekod kejohanan dalam acara 400 meter gaya bebas dengan kepantasan yang tidak dijangka.

"Ini adalah pencapaian terbaik kita. Atlet-atlet berjaya mengatasi pencapaian di Korat, Thailand. Bagi pihak persatuan, kita amat berpuas hati dengan pencapaian mereka.

"Prestasi perenang kita semakin meningkat walaupun menghadapi saingan sengit daripada perenang dari Singapura dan Thailand. Untuk acara terjun, atlet kita lebih maju berbanding negaranegara lain di Sukan SEA," kata Setiausaha Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam temasya Sukan SEA ialah pada temasya di Kuala Lumpur pada 2001 dengan 19 pingat emas, lapan perak dan 11 gangsa. Ketika itu acara renang berirama turut dipertandingkan.

Ketika temasya dwi tahunan itu berlangsung di Kuala Lumpur pada 1989, di mana hanya acara renang sahaja dipertandingkan, Malaysia berjaya meraih 11 pingat emas, tujuh perak dan tiga gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan