Perenang Negara Raih Dua Emas, Satu Perak Dan Satu Gangsa - Sukan Ekstra | mStar

Perenang Negara Raih Dua Emas, Satu Perak Dan Satu Gangsa

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Acara renang jelas menjadi lubok utama buat Malaysia meraih pingat apabila ia menjadi acara sukan yang paling banyak menyumbang pingat buat kontinjen negara dalam kejohanan Sukan SEA di sini.

Selepas lima hari pertandingan di Kolam Renang Kompleks Sukan Nasional di sini, Malaysia berjaya meraih sembilan pingat emas, perak dan gangsa.

Di hari terakhir pertandingan renang semalam, pasukan renang Malaysia memperolehi dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Dua pingat emas diperolehi daripada perenang sensasi negara Daniel Bego dalam acara gaya bebas 200m dan kuak kupu-kupu 200m.

Beliau mencatatkan masa satu minit 49.22 saat untuk memadamkan rekod lama kejohanan miliknya sendiri 1:52.32s dan rekod kebangsaan 1:50.92s, untuk melengkapkan rekod Sukan SEA baru yang keempat menjadi miliknya.

Terdahulu beliau memecahkan tiga rekod Sukan SEA, iaitu dalam acara lelaki 100m dan 400m gaya bebas, serta 100m kuak kupu-kupu.

"Seperti lain-lain perlumbaan, saya hanya berenang sepantas mungkin, daya rasa gembira dengan persembahan di sini. Untuk mencapai keputusan yang cukup baik adalah sesuatu yang hebat untuk saya.

"Saya gembira ibu serta teman wanita saya ada di sini untuk menyokong saya.... merekalah penyokong yang saya utamakan.

"Tahun depan berenang tanpa sut renang akan bawa cabaran baru buat saya. Tidak sabar rasanya. Tahun ini saya menggunakan sut renang Jaked yang dibeli dari Rome," kata perenang berumur 20 tahun dari Sarawak itu.

Sementara itu walaupun menang pingat perak dalam acara kupu-kupu 200m wanita, Khoo Cai Lin berjaya mencatatkan rekod kebangsaan baru dengan catatan masa 2:14.30s. Rekod kebangsaan sebelum ini 2:16.11s dicatatkan beliau pada kejohanan Mini Olimpik yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil Ogos lepas, apabila beliau memadamkan rekod kebangsaan yang dipegang Nurul Huda 2:16.83s yang dibuat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989.BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan