Kontinjen Negara Raih Gangsa Keenam Menerusi Acara Pencak Silat

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Malaysia memungut satu lagi pingat gangsa dalam acara pencak silat pada temasya Sukan SEA ke-25 di sini hari ini menerusi pesilat wanita, Siti Rahmah Nasir Mohamed Nasir.

Pingat tersebut merupakan pingat gangsa keenam yang dipungut oleh pasukan Malaysia dalam acara berkenaan setakat ini.

Siti Rahmah, 22, tewas kepada pesilat Thailand, Monruthai Bangsalad dalam peringkat separuh akhir yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa dan Konvensyen Lao.

Ngoan Le Thi Hong dari Vietnam turut memungut pingat gangsa selepas tewas kepada pesilat Indonesia, Sofani Rakhmalianti dalam satu lagi pertandingan separuh akhir.

Secara keseluruhan Malaysia menduduki tempat keenam dalam acara tersebut daripada sembilan negara yang mengambil bahagian.

Singapura mengungguli pertandingan dengan satu emas dan lima gangsa, diikuti oleh Brunei Darussalam dengan satu emas dan tiga gangsa, Indonesia satu emas dan tiga gangsa, Vietnam dua perak dan satu gangsa dan Thailand satu perak dan empat gangsa. Acara tersebut yang menawarkan 12 pingat emas akan berakhir Khamis ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan