Cheng Chu Sian Pertahan Emas Dari Acara Recurve 70m Individu

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Pemanah negara, Cheng Chu Sian mempertahankan pingat emas miliknya dari edisi di Korat dua tahun lepas dalam acara Recurve 70 meter individu lelaki akhir pada pertandingan yang dijalankan di Lapang Sasar, Kompleks Sukan Nasional, di sini hari ini.

Cheng, 23, yang pernah beraksi dalam Olimpik di Beijing, pada Ogos 2008, mengumpul 113 mata bagi meraih emas untuk mengatasi saingan dari pemanah Myanmar, Zaw Win Htike yang mendapat pingat perak dengan mengumpul 105 mata.

Gangsa milik seorang lagi pemanah Malaysia, Arif Farhan Ibrahim Putra dengan kelebihan satu mata bagi mengatasi pesaingnya dalam penentuan gangsa, Hendro Suprianto (Indonesia), dengan mata 107-106.

Pada saingan separuh akhir semalam, Cheng menewaskan Hendro 112-108 sementara Arif Farhan ditewaskan oleh Zaw Win Htike 103-105.

Cheng berkata, catatan terbaiknya ialah 117 mata yang dilakukan pada temasya Sukan Universiti Asean (Asean Universiti Games) pada Disember tahun lepas, di Kuala Lumpur.

"Keadaaan di sini tidak membolehkan saya memperbaiki catatan itu," katanya di sini hari ini.

Edisi di Vientiane ini merupakan penyertaan kali keempatnya pada temasya dwitahunan ini selepas mengutip dua emas dari Korat, pada 2007 dari acara Recurve lelaki individu sebelum bergandingan dengan Muhamad Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd Khalmizam Wan Abdul Aziz dalam acara recurve lelaki berpasukan.

Pada edisi di Vietnam, 2003 beliau bergandingan dengan Muhamad Marbawi Sulaiman, Aminulah Ahmad dan Syahmi Mohamad Fahuzi untuk merangkul pingat emas dalam acara recurve Lelaki berpasukan.

Pada edisi 2005, di Manila, beliau gagal mendapat sebarang pingat. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan