Aksi Hambar Olahraga Jejaskan Pungutan Emas Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Harapan untuk melihat acara olahraga menyumbang pungutan emas selepas acara akuatik berakhir nampak tidak kesampaian bila atlet olahraga negara beraksi hambar dalam empat acara akhir pada hari keenam temasya Sukan SEA di sini, semalam.

Selepas menyumbang 15 emas dari acara akuatik, tumpuan sepatutnya beralih kepada olahraga terutama bila Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (Koam) sendiri menetapkan sasaran lapan emas dari Laos.

Malangnya, daripada empat acara akhir Isnin, Malaysia hanya meraih tiga perak dan satu gangsa.

Kekecewaan terbesar tentunya daripada acara 4 x 400m lelaki yang gagal mempertahankan emas yang dimenangi di edisi Korat, Thailand, dua tahun lepas.

Dua emas Malaysia hari ini sumbangkan oleh perenang sensasi Daniel Bego dalam acara 200m gaya bebas lelaki dan 200m kuak kupu-kupu lelaki.

Satu lagi emas disumbangkan melalui gandingan Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee dari acara wanita 3m papan anjal.

Bagaimanapun tumpuan sebenar hari ini terarah di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos selepas Malaysia mara ke pertandingan akhir dengan menewaskan tuan rumah, Laos 3-1.

Biarpun acara bola sepak lelaki hanya menawarkan satu pingat emas, namun pasukan bola sepak di bawah bimbingan K.Rajagobal mempunyai misi untuk menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas kali terakhir Malaysia merangkul emas pada edisi 1989, di Kuala Lumpur.

Selepas tamat semua acara pada hari keenam hari ini pada temasya yang berlangsung dari 9-18 Dis, Malaysia mendapat tiga emas, lima perak dan lapan gangsa menjadikan kutipan keseluruhan kontinjen negara 22 emas, 27 perak dan 35 gangsa, untuk kekal di tangga ke-empat, carta kutipan pingat keseluruhan.

Thailand masih mendahului semua negara dengan mengumpul 42 emas, 49 perak dan 48 gangsa, diikuti Vietnam (32, 31, 38), Singapura (28, 19, 25).

Tuanrumah, Laos menduduki tangga ke-tujuh, di bawah Indonesia dan Filipina dengan mengutip 15 emas, tujuh perak dan 37 gangsa.

Selasa, hari ketujuh temasya dwi-tahunan ini, tumpuan tentunya masih di padang olahraga bila Mohd Robbani Hasan beraksi dalam acara 110m berhalangan dan Teoh Boon Lim dalam acara 20km jalan kaki lelaki.

Acara badminton perseorangan di peringkat suku akhir juga terus berlangsung Selasa.

Dalam acara kombat, perhatian patut diberikan kepada Diana Bong dalam acara Nanquan akhir. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan