Mun YeeYan Raih Emas Terakhir Terjun

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Pasangan Leong Mun Yen dan Ng Yan Yee meraih pingat emas terakhir Malaysia di Kolam Renang, Kompleks Sukan Nasional melalui acara 3m papan anjal seirama di sini, hari ini.

Ia adalah penampilan kedua gandingan mereka dalam mana-mana kejohanan terjun selepas meraih pingat gangsa di Kejohanan Asia di Foshan, China, bulan lepas.

Bagi Yan Yee, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Sukan Bukit Jalil, kejayaan meraih pingat emas sulungnya pada penampilan pertama di Sukan SEA memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya dalam sukan ini.

"Pada asalnya saya seorang atlet gimrama dan bakat saya telah dikesan oleh jurulatih (Yang Zhuliang) untuk menyertai acara terjun. Menurutnya saya mempunyai fizikal yang sesuai untuk acara terjun.

"Masa mula-mula sertai acara terjun ini, saya langsung tidak tahu berenang tapi lama-kelamaan saya sudah dapat memahirkan diri. Selepas tiga tahun bersama skuad terjun elit negara, saya sudah dapat lihat potensi saya dalam sukan ini," katanya. Menurut Yan Yee, kejayaan meraih pingat gangsa di Kejohanan Asia juga telah memberinya semangat untuk terus mencipta kejayaan dan tidak akan menoleh ke belakang dengan sukan yang diceburinya itu.

Katanya, sasaran beliau kini ialah untuk melayakkan diri ke Sukan Asia tahun depan. Pada acara 3m papan anjal seirama wanita hari ini, gandingan Mun Yee/Yan Yee meraih 294.7 mata, diikuti pasangan Marie Natalie DindaSari Ambarwati Suprihatin dari Indonesia (258.45) dan Hoang Le Thanh ThuyHoang Thanh Tra (249.9) dari Vietnam dengan masingmasing meraih pingat perak dan gangsa.

Malaysia tidak menyertai acara 10m platform seirama lelaki selepas menarik diri akibat kecederaan buku lali yang dialami oleh Abdul Rashid Muhammad selepas beraksi pada acara 10m platform individu, Jumaat lepas.

Mengikut jadual Abdul Rashid akan bergandingan dengan Bryan Nickson Lomas untuk acara 10m platform seirama lelaki hari ini.

"Kita tidak mahu menanggung risiko kerana Abdul Rashid belum pulih dan lagipun, darjah kesukaran (DD) Abdul Rashid tidak menyamai DD Bryan. Keadaan ini agak sukar bagi mereka untuk saingi penerjun dari Indonesia dan Filipina," kata setiausaha Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong.

Selepas menutup tirai hari ini, Malaysia berjaya mengumpul enam pingat emas, satu perak dan dua gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan