Daniel Bego Raih Emas Acara 200m Gaya Bebas Sukan SEA Ke-25 - Sukan Ekstra | mStar

Daniel Bego Raih Emas Acara 200m Gaya Bebas Sukan SEA Ke-25

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Perenang negara Daniel Bego memenangi pingat emas dalam acara 200m gaya bebas lelaki Sukan SEA Laos selepas memecahkan rekod Sukan SEA 2007 dan rekod kebangsaan dengan catatan masa 1:49.22s.

Pada Sukan SEA di Korat, Thailand pada 2007 beliau mencatat rekod 1:52.32s, dan pada saringan di Sukan Olimpik Beijing tahun lepas beliau membuat catatan masa 1:50.92s. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan