Syed Agil Cipta Hatrik Gelaran Pada Sirkit Remaja

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Selepas menjuarai kejohanan tenis remaja Selangor dan Perlis, Syed Agil Syed Naguib mencipta keputusan hatrik sirkit tenis remaja dengan menjuarai kategori perseorangan bawah 16 tahun, pada Kejohanan Tenis Antarabangsa Langkawi Geopark 2009, di Kompleks Sukan LADA, di sini hari ini.

Syed Agil, 15, yang sedang menunggu keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), menundukkan pemain Thailand Krissna Kanthong, 63, 26 dan 61 dalam perlawanan akhir yang mengambil masa dua jam.

"Pengawalan bola yang baik dengan tiupan angin sederhana memberi kelebihan kepada saya untuk mengenepikan pemain Thailand itu," kata pemain yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Sebelum ini, beliau juga pernah menjuarai beberapa kejayaan pada sirkit ATF, termasuk di Bahrin, Jordan, Sri Lanka, Thailand dan China.

Bagi kategori beregu bawah 16 tahun, Syed Agil yang berpasangan dengan Kamal Hazim menang percuma setelah lawan mereka dari Thailand tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kecederaan. Sementara itu, pemain Uzbekistan, Folts Arina menjuarai kategori perseorangan dan beregu bawah 12 tahun perempuan pada kejohanan itu.

Pemain Thailand, Kolanya Phonsatttha pula muncul juara kategori perseorangan perempuan bawah 16 tahun, selepas mengalahkan pemain Singapura Nicole Tan 61 dan 63.

Seorang lagi pemain Thailand, Vayu Kunalungkarn menjuarai perseorangan bawah 10 tahun lelaki, setelah mendapat kemenangan percuma dari rakan senegaranya Pawit Sornlaksup akibat demam.

Pemain Korea, Park Eun Yeong muncul johan bawah 10 tahun perempuan, selepas mengalahkan Nor Hafira Hamidon dari Negeri Sembilan 60 dan 60.

Lebih 300 pemain dari 13 negara menyertai kejohanan lima hari anjuran Persatuan Lawn Tenis Langkawi, Persatuan Lawn Tenis Kedah dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), yang merupakan sirkit terakhir dari empat kejohanan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan