Daniel Bego Cipta Dua Lagi Rekod Kejohanan

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Daniel William Bego mencipta dua lagi rekod renang Sukan SEA sekaligus memungut dua pingat emas negara, masing-masing untuk acara 400m gaya bebas dan 100m kuak kupu-kupu pada kejohanan yang berlangsung di Kolam Renang Kompleks Sukan Nasional, di sini malam semalam.

Dalam acara 400m gaya bebas lelaki, Daniel yang mencatat masa 3 minit 53.99 saat, memecahkan rekod Sukan SEA 3:57.34s yang dipegang Torlap Sethasothon dari Thailand sejak Sukan SEA Chiangmai pada 1995, rekod Sukan SEA paling lama bagi acara renang.

Daniel turut memecahkan rekod kebangsaan Jeffery Ong yang dipegang selama 18 tahun yang dicipta di Sheffield, England.

Daniel Bego, yang menambah pungutan pingat peribadinya dengan mendapat tiga emas, berkata beliau berpuas hati dengan persembahannya.

"Sudah pasti ini adalah perkara yang saya tunggu-tunggu. Saya tahu saya telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan saya jaga kesihatan diri saya agar tidak sakit seperti Sukan SEA lepas. "Saya tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan ini. Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan melihat apa yang akan berlaku. Saya hanya berenang mengikut kelajuan saya dan tidak peduli apa yang perenang lain buat," kata atlet kelahiran Sarawak yang berusia 20 tahun itu.

Selepas memungut pingat emas acara 400m gaya bebas dan mencipta rekod baru kejohanan, Daniel sekali lagi membuat rakyat Malaysia bangga apabila memecahkan satu lagi rekod dalam acara 100m kuak kupu-kupu.

Daniel mencatat masa 53.82s sekaligus memadamkan rekodnya sendiri yang dibuat pada Sukan SEA lepas di Korat, Thailand pada 2007.

Hari ini, perenang negara menyumbangkan dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada hari ketiga acara renang Sukan SEA.

Selain Daniel, Khoo Cai Lin turut memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 800m gaya bebas wanita, begitu juga Marellyn Liew, Chui Lai Kwan dan acara 4x100m gaya bebas bergantiganti. Cai Lin memperbaiki rekod Sukan SEAnya tetapi gagal mempertahankan pingat selepas mencatat masa 8:45.36s. Acara itu dimenangi perenang Singapura Lynette Lim yang mencatat masa 8:35.41s sekaligus mencipta rekod baru kejohanan.

Rekod kebangsaan yang dicatatnya pada tahun 2008 ialah 8:47.77s.

Marellyn pula yang memenangi pingat perak untuk acara 100m kuak kupu-kupu wanita hari ini mencatat masa 1:01.04s sekaligus memadamkan rekod kebangsaannya (1:01.56s); Lai Kwan mencatat 1:03.91s (1:05.27s) dan acara 4x100m gaya bebas bergantiganti walaupun tidak memenangi pingat, mencatat masa 3:27.87s (3:29.62s). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan