Angkat Berat Sekadar Baiki Pencapaian Dua Tahun Lalu

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Biarpun tidak disasarkan sebarang pingat emas, skuad angkat berat Malaysia berjaya memperbaiki pencapaian dari edisi Korat, dua tahun lepas, selepas membawa pulang tiga perak dan dua gangsa daripada temasya Sukan SEA ke-25, di sini.

Pada hari terakhir acara angkat berat yang disertai skuad negara, yang berlangsung di Gimnasium Sekolah Tinggi Pornsawan, di sini, hari ini, Malaysia menambah koleksi pingat perak menerusi Mohd Faiz Musa dalam kategori lelaki 94 kg.

Sementara Arisha Farra Erwin Abdullah yang bertanding dalam kategori wanita lebih 69kg, gagal meraih sebarang pingat.

Pingat perak lain yang diraih Malaysia sebelum ini adalah menerusi Raihan Yusoff dalam acara wanita 53kg dan Zulkifli Che Rose dalam acara lelaki 77kg.

Dua pingat gangsa pula disumbang oleh Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara lelaki 56kg dan Zaira Zakaria melalui acara wanita 48kg. Pasukan angkat berat Malaysia dilatih oleh dua jurulatih, Lin Xin Hua dari China dan jurulatih tempatan Zakaria Yusop.

Zakaria berkata pencapaian di Laos ini berjaya memperbaiki pungutan pingat di Korat, Thailand pada 2007.

"Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri tidak meletakkan sebarang sasaran daripada skuad angkat berat. Tetapi bila kami berjaya memperbaiki pungutan pingat bermakna kami dalam laluan yang betul untuk terus melahirkan atlet angkat berat yang lebih berkualiti," katanya, di sini hari ini.

Di Korat, skuad angkat berat sekadar meraih satu perak dan satu gangsa menerusi Che Azrol Che Mat (lelaki lebih 105kg) dan Naharudin Mahayudin (lelaki 62 kg).

Acara angkat berat sepatutnya berakhir pada Selasa ini tetapi Malaysia tidak mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan