Tiga Rekod Sukan Sea, Empat Rekod Kebangsaan Dari Perenang Negara

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Skuad renang negara mempamerkan aksi yang membanggakan pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas mencipta tiga rekod baru temasya, di samping memperbaharui empat rekod kebangsaan.

Kem renang Malaysia memulakan rentak cemerlang apabila Daniel Bego memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 100m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 50.16 saat.

Rekod Sukan SEA sebelum ini dipegang oleh Richard Sam Bera dari Indonesia (50.80s) dan rekod kebangsaan milik Daniel dipecahkan menerusi catatan 50.94s yang dicipta di Kejohanan Renang Dunia di Rome.

"Saya tidak memikirkan untuk memecahkan rekod sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada renangan saya. Saingan dengan perenang-perenang dari Filipina dan Singapura amat kuat termasuk semasa peringkat saringan pagi tadi.

"Kejayaan ini amat membanggakan saya kerana selepas dua Sukan SEA sebelum ini (Manila dan Korat) saya gagal meraih pingat emas dalam acara ini. Tumpuan utama kini ialah untuk pertandingan esok," katanya ketika ditemui pemberita.

Kejayaan Daniel mengorak langkah buat Siow Yi Ting untuk mencipta rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan peribadi kedua.

Ia menjadi hadiah hari jadi terbaik buat dirinya apabila sekali lagi memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 100m kuak dada wanita dengan catatan masa 1:09.82s.

Yi Ting memadam rekod 1:10.55s milik Nicoletta Teo dari Singapura di Korat, Thailand tahun lepas, manakala rekod kebangsaan miliknya yang dicatat semasa beraksi di Sukan Asia Doha pada 2006.

Kilauan emas dan rekod terus mewarnai skuad renang negara apabila Khoo Cai Lin turun untuk mempertahankan pingat emasnya dalam acara 400m gaya bebas wanita.

Kali ini beliau berjaya mencipta sejarah tersendiri selepas mencatat masa 4:10.75s, kira-kira enam saat lebih pantas daripada catatan masa rekod kebangsaan miliknya iaitu 4:16.96s. Catatan masa itu turut memperbaharui rekod Sukan SEA miliknya iaitu 4:18.20s yang dilakukan dua tahun lepas di Korat, Thailand.

"Saya puas hati dengan kejayaan ini dan tumpuan saya ialah untuk acara 800m gaya bebas esok. Saya yakin saya dapat melakukan yang serupa (meraih pingat emas)," katanya.

Malaysia turut mencipta rekod baru kebangsaan melalui kuartet 4x100m gaya bebas wanita dengan catatan masa 3:51.40s, mengatasi rekod lama iaitu 3:54.91s. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan