Semua Gelaran Utama LTDL Dijangka Ditentukan Pada Peringkat Terakhir Perlumbaan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, penentuan untuk semua gelaran utama perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dijangka akan hanya diketahui pada perlumbaan terakhir iaitu peringkat ketujuh dari Kuala Kubu Bharu ke Dataran Merdeka.

Ini kerana buat pertama kalinya, pada perlumbaan LTdL edisi ke-15 yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 7 Mac depan akan menawarkan mata pecutan dan pendakian di kesemua tujuh peringkat perlumbaan.

Ia sekaligus membolehkan pelumba-pelumba bersaing sengit untuk mengutip mata pada setiap peringkat bagi memenangi kategori-kategori yang dipertandingkan seperti individu keseluruhan, raja pecut, raja bukit, pasukan terbaik, pelumba terbaik Asia dan pasukan terbaik Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2010 Mohamed Salleh berkata pada edisi-edisi sebelum ini, juara untuk individu keseluruhan dan raja bukit ditentukan apabila tamat peringkat pendakian kategori Hors di Genting Highlands walaupun perlumbaan masih berbaki satu atau dua peringkat.

"LTdL 2010 pula menjanjikan semua gelaran dimuktamadkan pada peringkat terakhir setelah laluan tradisi iaitu kriterium Kuala Lumpur diubah untuk bermula di Kuala Kubu Bharu," katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamed berkata dengan adanya mata pecutan dan pendakian pada setiap peringkat perlumbaan, ia akan menambah kerancakan saingan perlumbaan selain aksi pemisahan dan kejar-mengejar di sepanjang laluan.

Perkara itu turut mendapat gambaran positif daripada presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abdul Wahab.

"Dari segi teknikal, laluan seperti inilah yang digemari para pelumba kerana ia memberikan cabaran kepada kemampuan mereka selain perlu lebih bijak memilih matlamat untuk bergelar pemenang peringkat, raja pecut atau raja bukit di setiap peringkat perlumbaan.

"Hanya pelumba dan pasukan yang bijak menyusun strategi dan taktik perlumbaan dari awal hingga akhir sahaja bakal dinobatkan juara keseluruhan di akhir perlumbaan nanti," katanya.

Beliau juga tidak menafikan bahawa laluan itu akan memberikan kelebihan kepada pelumba tempatan untuk memberikan saingan yang lebih bermakna dalam perlumbaan LTdL.

"Prestasi pelumba-pelumba negara semakin matang dan tidak mustahil di lima peringkat pertama mereka akan membuat kejutan kerana laluan seperti ini jelas memberikan kelebihan, seperti yang ditunjukkan dalam penampilan kemenangan mereka di beberapa perlumbaan dalam dan luar negara sepanjang tahun ini," katanya.

Perlumbaan LTdL 2010 akan bermula di Kota Bharu, Kelantan merentasi Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya, Selangor dan berakhir di Dataran Merdeka sejauh 1,001.8 kilometer. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan