Penembak Wanita Sekadar Sumbang Satu Perak Dan Dua Gangsa

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Penembak wanita negara hari ini menyumbang satu pingat perak dan dua gangsa pada temasya Sukan SEA yang berlangsung di Lapang Sasar, Kompleks Sukan Nasional di sini.

Penembak negara Bibiana Ng merangkul pingat perak selepas mengumpul 476.5 mata dalam acara Air Pistol Individu Wanita 10m manakala penembak Thailand, Prucksakorn (483 mata) dan Yusawat (474.6 mata) masing-masing memperolehi pingat emas dan gangsa.

"Saya berpuas hati kerana dapat memperbaiki rekod peribadi saya sebelum ini iaitu 384 mata. Biarpun tidak dapat memenuhi sasaran pingat emas, rekod saya hari ini merupakan pencapaian terbaik yang pernah saya dapat sepanjang penyertaan saya di Sukan SEA," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada Sukan SEA 2005 di Manila, Bibiana turut memenangi pingat perak dalam acara yang sama namun beliau bersamasama rakan sepasukannya Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Mohd Badrin tidak dapat menyertai Sukan SEA Korat kerana digantung selama setahun selepas didapati positif dadah terlarang, propanolol pada Mac 2007.

Katanya sepanjang tempoh penggantungan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong, Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia serta majikannya, Polis Diraja Malaysia banyak mendorong beliau untuk terus berlatih dan kembali menyertai pertandingan.

Bibiana, 32, bagaimanapun mengakui gugup dalam pertandingan hari ini selepas dilihat sering menjadi penembak terakhir yang melakukan tembakan.

"Selalunya saya diletakkan di lorong penembak bukan pilihan namun hari ini saya rasakan sedikit tekanan kerana diletakkan di tiga lorong penembak pilihan," katanya.

Terdahulu, Bibiana bersama-sama rakan sepasukannya membawa pulang pingat gangsa dalam acara Air Pistol Berpasukan 10m dengan mengumpul 1,118 mata di belakang pasukan Thailand dan Vietnam yang memperolehi 1,135 mata dan 1,121 mata.

Satu lagi pingat gangsa diperolehi menerusi acara Prone Rifle Berpasukan Wanita 50m selepas Muslifah Zulkifli, Nur Suryani Mohamed Taibi dan Nor Ain Ibrahim gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Korat.

Pasukan negara mengumpul 1,757 mata di belakang pasukan Thailand dan Indonesia yang masing-masing mengumpul 1,771 dan 1,768 mata.

Nur Suryani, 27, berkata mata keseluruhan pasukan itu lebih baik kali ini berbanding jumlah mata ketika memenangi pingat emas di Korat dengan catatan 1,755 mata.

"Kesemua pasukan menunjukkan standard lebih tinggi pada Sukan SEA kali ini dan Indonesia, yang bukan merupakan pasukan pilihan, telah memeranjatkan semua pasukan apabila berjaya mendapat mata yang baik," katanya.

Beliau yang membawa pulang pingat gangsa dalam acara 10m Air Rifle Wanita Individu semalam bagaimanapun agak kecewa apabila menyumbang mata yang sama iaitu 587 mata pada empat temasya Sukan SEA yang disertainya.

Sehingga hari ini, skuad menembak sudah mengumpul dua pingat perak dan tiga gangsa. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan