Kehadiran Yu Fang Di Vientiane Timbulkan Tanda Tanya

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah menggugurkan atlet jalan kaki wanita Yuan Yu Fang daripada Sukan SEA ke-25 di sini tetapi kehadiran atlet itu di bandar raya ini menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Yu Fang, 33, yang sebelum ini tersenarai ke Laos dan dijangka mampu menyumbangkan emas dari acara 20km jalan kaki wanita, digugurkan oleh KOAM selepas dia menyatakan kehamilannya sebagai alasan.

Malah, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong sendiri mengesahkan pejalan kaki negara itu, yang turut beraksi di Sukan Olimpik di Beijing pada Ogos lepas tetapi menarik diri atas alasan sakit perut, tidak tersenarai ke sini.

"Yu Fang ada berjumpa saya mengatakan dia kini hamil. MSN terima penjelasannya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden KOAM Karim Ibrahim, yang tiba di sini hari ini bersama pasukan olahraga negara, berkata beliau tidak tahu tujuan Yu Fang ke temasya dwitahunan itu.

"Bila dia beri alasan mengandung, KOAM mengugurkannya dari senarai atlet ke Vientiane walaupun kesatuan pada awalnya meletakkan sasaran satu emas daripadanya," kata Karim.

Bagaimanapun beliau berkata Yu Fang mungkin ke temasya ini atas tiket Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berdasarkan kad akreditasi yang dipakai atlet itu.

"Walaupun kami dalam satu penerbangan, saya tidak bertanya tujuan dia ke sini kerana apa yang penting ialah menjaga atlet di bawah KOAM sendiri," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan