Angkat Berat Raih Satu Pingat Perak Dan Dua Gangsa

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Atlet angkat berat negara menyumbang satu pingat perak dan dua gangsa pada hari pertama saingan sukan angkat berat pada Sukan SEA ke-25 yang berlangsung di Gimnasium Phonsavanh, National University di sini semalam.

Atlet angkat berat wanita negara, Raihan Yusoff, 21, menyumbang pingat perak itu dalam kategori 53kg wanita selepas berjaya mengangkat bebanan 120kg, kurang tiga kilogram daripada pemenang pingat emas yang juga atlet tuan rumah, LY Kheuakham (123kg).

Pingat gangsa acara itu dimenangi oleh atlet Myanmar, Aye Thanda Lwin (119kg).

Sementara itu, seorang lagi atlet angkat berat wanita negara, Zaira Zakaria meraih gangsa dalam kategori 48kg wanita selepas berjaya membuat angkatan seberat 164kg.

Pingat emas dan perak acara itu dimenangi atlet Thailand, Pramsiri Bunphithak (194kg) dan Thinga Ngo dari Vietnam (185kg).

Dalam kategori 56kg lelaki, Amirul Hamizan Ibrahim terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas jumlah angkatan 265kg yang dilakukannya gagal menandingi kehebatan atlet Indonesia, Setiadi Jadi (274kg) untuk pingat emas dan atlet Myanmar, Phyo Pyae yang meraih perak (266kg).

Pengurus pasukan angkat berat negara ke sukan itu, Mejar Syed Fairus Syed Ali berkata kejayaan tiga atlet angkat berat itu merupakan satu keputusan yang mengejutkan.

"Sebelum ke sukan SEA, kami tidak meletakkan sebarang sasaran pingat untuk mereka. Namun, mereka telah menunjukkan prestasi terbaik mereka bersaing dengan negara-negara kuasa sukan ini di peringkat serantau seperti Thailand, Indonesia and Vietnam," katanya.

Menurutnya ini menunjukkan satu perkembangan yang baik untuk sukan angkat berat negara terutamanya dalam kategori wanita. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan