Akuatik Dijangka Terus Sumbang Emas Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Kem Malaysia ceria sedikit semalam selepas kejayaan perenang kebangsaan Siow Yi Ting memecahkan rekod Sukan SEA yang berusia 10 tahun sekali gus memberikan emas pertama Malaysia dari Sukan SEA ke-25 yang bermula secara rasmi di sini kelmarin hingga 18 Disember ini.

Yi Ting mencatat dua minit 14.57 saat untuk memecah rekod yang dipegang perenang Singapura Jocelin Yeo yang merekodkan 2:17.5s ketika temasya di Brunei pada 1999 dan meleburkan rekod kebangsaan 2.16.12s miliknya sendiri yang dilakukannya di Sukan Komanwel di Melbourne, Australia pada 2006.

Selepas sekadar meraih satu gangsa dari acara yang tidak diberikan tumpuan, acara Poomsae dari sukan Taekwondo menerusi Lee Jen Yen kelmarin, hasrat Malaysia untuk menambah emas dari sukan Karate yang bermula ini tidak kesampaian selepas acara Kata sekadar menyumbang tiga perak dan satu gangsa.

Begitu juga badang negara dalam acara angkat berat bagi acara 56kg, Amirul Hamizan Ibrahim yang sekadar berpuas hati dengan gangsa selepas terpaksa bersaing dengan atlet Indonesia, Setiadi Jadi yang merupakan pemenang pingat gangsa pada temasya Olimpik Beijing 2008. Pingat perak dimenangi atlet Myanmar.

Selepas berada di tangga terbawah dengan mengutip satu gangsa kelmarin, kedudukan Malaysia semalam berubah ke tangga ke-6 selepas mengutip dua emas, lima perak dan sembilan gangsa.

Singapura kini menduduki tangga teratas kedudukan pungutan pingat selepas mengutip 11 emas, tiga perak dan lapan gangsa, diikuti Thailand (6, 13, 6) dan Indonesia (6,5,8).

Tuan rumah, Laos, berada di tangga ke8 selepas mengutip dua emas, dua perak dan dua gangsa.

Hari ini, hari ketiga temasya di Vientiane, tumpuan tentunya terarah kepada perlawanan hidup mati bola sepak lelaki negara bila menentang juara bertahan, Thailand pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos pada 3 petang (waktu tempatan).

Sekiranya Malaysia tewas, pasukan K.Rajagobal boleh mengemas beg untuk pulang ke Malaysia bagi membolehkan Thailand dan Vietnam mewakili Kumpulan B ke perlawanan separuh akhir.

Acara Akuatik yang menyumbangkan 14 pingat emas kepada Malaysia pada edisi di Korat pada 2007, dijangka memberikan kilauan emas yang berterusan.

Dalam acara terjun, dua penerjun negara Leong Mun Yee (wanita 3m papan anjal) dan penerjun Olimpik Bryan Nickson Lomas (10m platform) serta Daniel Bego (lelaki 100m gaya bebas) dan Siow Yi Ting (wanita 100m kuak dada) merupakan sandaran untuk menambah emas Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan