Chew Chan Penyumbang Pingat Emas Pertama Kontinjen Negara

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Atlet Taekwondo wanita utama negara Che Chew Chan menyumbang pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan SEA ke-25 di Loas selepas menewaskan atlet dari Vietnam Nguyen Ha Thi dengan keputusan 3-2 pada perlawanan akhir kategori bawah 73kg wanita yang berlangsung di Gimnasium Booyong, National University Center di sini hari ini.

Bagaimanapun Chew Chan diberi tentangan sengit oleh lawannya sebelum berjaya merangkul pingat emas pertama negara sekaligus menyaksikan lagu 'Negaraku' berkumandang buat kali pertama dalam temasya dwitahunan itu yang secara rasminya dibuka semalam.

"Ia satu perlawanan yang cukup mencabar dan sengit kerana Ha Thi tahu taktik saya. Saya terpaksa banyak kali menukar taktik saya dan itu membawa kejayaan kepada saya," katanya yang ditemui selepas perlawanan itu.

Chew Chan sebelum itu pada peringkat suku akhir menewaskan atlet dari Indonesia, Eka Sahara 10-4 dan di peringkat separuh akhir, beliau berjaya menumpaskan atlet Kemboja, Sorn Davin 8-0.

Chew Chan, 27, yang berasal dari Johor berkata kemenangan beliau menjadi bukti bahawa atlet taekwondo kebangsaan masih berlatih dengan kuat dan gigih disebalik pelbagai kemelut yang dihadapi oleh persatuan induk sukan itu.

Chew Chan yang juga atlet taekwondo negara yang berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik di Beijing, China yang lepas berharap kejayaan beliau menjadi pendorong kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kejayaan dan memenangi pingat emas sebanyak yang mungkin untuk negara.

Sementara itu, dalam kategori wanita lebih 73kg, atlet negara, Lee Wan Yuen memenangi pingat gangsa bersama dengan atlet dari Indonesia Catur Yuni Riyaningsihi. Pingat emas acara itu dimenangi oleh atlet dari Thailand Rapatkorn Prasopsuk manakala perak dimenangi atlet dari Filipina, Alora Kirstie Elaine. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan