Pelajar 13 Tahun Antara Ditahan Salah Guna Pil Nospan

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang pelajar berusia 13 tahun adalah antara 15 yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan pil khayal Nospan di Tebingan Kuching di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kesemua mereka yang berusia antara 13 dan 24 tahun itu ditahan dalam operasi polis semalam.

"Penyalahgunaan pil Nospan masih tidak serius di sini tetapi kami (IPD) akan mempergiatkan operasi untuk memerangi gejala penyalahgunaan pil itu di kalangan remaja, khususnya pelajar sekolah dengan membuat pemeriksaan rambang di tempat-tempat hiburan, Tebingan Kuching dan kawasan sekitarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyalahgunaan pil Nospan yang semakin berleluasa di sini selepas Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti Beruniform 2009, anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia.

Pil Nospan, sejenis pil khayal yang dijual dengan harga RM1 sebiji menjadi alternatif kepada golongan muda terutama pelajar sekolah.

Abang Ahmad turut menggesa ibu bapa dan pihak sekolah supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak di rumah dan sekolah dalam usaha memerangi gejala penyalahgunaan pil Nospan.

"Polis akan membuat pemeriksaan di sekolah-sekolah apabila menerima maklumat daripada pihak sekolah kerana kami tidak mahu mengganggu proses pembelajaran mereka di sekolah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan