Corat Coret Sukan SEA Ke-25 Di Vientiane, Laos

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Hotel penginapan sekretariat luar Majlis Sukan Negara MSN) yang turut menjadi tempat penginapan majoriti petugas media Malaysia, menjadi satu-satunya premis yang membuat persiapan awal perayaan Krismas pada 25 Dis ini.

Walaupun penganut Kristian hanya dua peratus daripada enam juta penduduk Laos, hotel tersebut mula memasang pokok dan lampu hiasan perayaan tersebut.

Hotel milik rakyat Malaysia itu turut menjadi satusatunya hotel di bandar ini yang mengibarkan Jalur Gemilang selain logo 1Malaysia.

Laos mempunyai jaringan jalan raya sejauh 14,000 kilometer tetapi 70 peratus daripadanya belum diturap.

Ini menyebabkan laluan alternatif ke sesetengah venue berdebu kerana melalui jalan tanah merah.

Hanya jalan utama utama di sekitar Vientiane dan bandar utama yang berturap.

Pihak berkuasa Laos mengarahkan premis perniagaan termasuk pusat hiburan untuk menutup perniagaan mereka sebelum 11 malam sebagai satu langkah keselamatan.

Beberapa trak dan jip membawa askar dilihat melakukan rondaan di sekitar bandar selepas 11 malam manakala pada siangnya askar berjalan kaki lengkap bersenjata AK47 akan meronda kawasan di sekitar venue pertandingan.

Dicelah-celah rumah atau belakang bangunan pula, terdapat kereta perisai dan khemah tentera.

Petugas media dari Malaysia kini lebih berhati-hati ketika memesan makanan.

Laporan sebuah akhbar tempatan beberapa hari lepas mengatakan ikan di sungai-sungai negara ini dicemari bakteria.

Petugas di Pusat Media Utama juga dibekalkan dengan buku panduan mengenai keselamatan makanan dan mereka dinasihatkan tidak memakan makanan di tepi jalan dan makanan mentah seperti sayuran. BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Majlis Sukan Negara , Vientiane

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan