Corat Coret Sukan SEA ke-25

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAOS: Berikut adalah coratcoret pada Sukan SEA ke25:

Larangan Merokok Yang Tidak Diendahkan.

Sukan SEA ke25 di Vientiane sepatutnya adalah Sukan Bebas Tembakau, tetapi perokok, seperti biasa, tidak mengendahkan larangan tersebut.

Di Pusat Media Utama di International Cooperation and Training Centre (ICTC), walaupun pelekat dan tanda larangan merokok terdapat hampir di semua sudut bangunan ini, tetapi pihak pentadbir sendiri mengadakan dua kawasan zon merokok di dalam bangunan.

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.

Petugas sebuah syarikat media dari Malaysia yang tiba di bandar raya ini semalam pada mulanya terpaksa membayar saman sebanyak USD5 (RM17) selepas kenderaan beca berinjin atau 'tuttut' yang mereka naiki disaman polis trafik Laos kerana kesalahan kenderaan tersebut yang keluar dari daerah operasinya.Kasihan dengan kedaifan pemandu, petugas itu membayar denda tersebut.

Petugas tersebut kemudian ditipu pula oleh pemandu van sewa yang pada mulanya bersetuju untuk menghantar mereka ke hotel penginapan dari Pusat Media Utama, dengan bayaran USD10 (RM34) bagi jarak hampir 10 km.

Tetapi dipertengahan jalan, pemandu itu meminta bayaran USD30 (RM101). Mungkin takut, mereka kemudian membayar sahaja jumlah yang diminta.

Sewa Van Di Bandar Ini Semakin Menggila.

Jika pada minggu lepas, sewanya dalam lingkungan RM250 hingga RM300, kini sewanya mula meningkat antara RM400 dan RM500 bagi tempoh 7 pagi hingga 9 malam. Selepas 9 malam, bayaran tambahan dikenakan, bermula dengan RM15 sejam.

Kadar sewa ini dijangka akan terus naik terutama selepas ramai lagi petugas media mula berkampung di bandar ini apabila acara pembukaan temasya Sukan SEA berlangsung Rabu ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan