Malaysia muncul Sebagai Koninjen Keempat Terbesar Pada Sukan Sea Laos

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Malaysia menampilkan 469 atlet dan pegawai pada Sukan SEA ke-25 di sini, menjadikan kontinjen keempat terbesar menyertai temasya sukan dwitahunan yang bermula secara rasmi pada 9 Disember ini.

Menurut perangkaan penganjur sukan itu, Malaysia akan menghantar 348 atlet dan 121 pegawai ke sukan itu yang pertama kali dihoskan oleh Laos.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 21 jenis sukan di sini kecuali acara timang bulu ayam, tenis ringan, gusti dan muay thai.

Acara sukan yang disertai oleh Malaysia kali ini ialah renang, terjun, memanah, olahraga, badminton, snuker & biliard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wushu.

Juara bertahan Sukan SEA 2007, Thailand, yang berazam mengekalkan gelaran, akan membariskan kontinjen seramai 842 peserta, iaitu kontinjen terbesar pada temasya tersebut dengan 550 atlet dan 292 pegawai.

Tuan rumah Laos menghantar kontinjen kedua terbesar dengan 743 peserta termasuk 482 atlet, diikuti Vietnam (671), Malaysia (469), Indonesia (465), Filipina (413), Myanmar (400), Singapura (392), Kemboja (204), Brunei Darussalam (79) dan Timor Leste seramai 77 peserta. Kontinjen paling kecil di Vientiane ialah Brunei dan Timor Leste yang masing-masing menampilkan 30 dan 37 atlet sahaja.

Brunei akan bertanding dalam enam jenis sukan manakala Timor Leste pula dalam tujuh sahaja.

Sejumlah 370 pingat emas, 370 perak dan 539 pingat gangsa menjadi buruan sepanjang temasya sembilan hari itu.

Berdasarkan jumlah penyertaan menyeluruh seramai 4,869 atlet dari 11 negara ASEAN, olahraga menjadi acara paling popular dengan penyertaan 288 atlet diikuti bola sepak (280), menembak (169), sepak takraw (167), renang (140), karate (130), berbasikal (116), memanah (114), badminton (114) dan 101 atlet dalam sukan judo.

Dalam pada itu, kurang daripada 100 atlet menyertai dalam setiap jenis sukan lain.

Sukan tidak popular di kalangan 11 negara peserta tetapi popular dengan negara Indo-China ialah timang bulu ayam iaitu penyertaan paling rendah di kalangan 25 jenis sukan yang dipertandingkan di sini.

Acara tersebut mencatatkan 22 peserta dari Kemboja, Thailand, Vietnam dan Laos. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA ke-25 , Vientiane

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan