Atlet Perlu Bersedia Hadapi Kekurangan Tuan Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Atlet negara di temasya Sukan SEA ke-25 di Laos yang akan membuka tirainya secara rasmi Rabu ini, perlu bersedia menangani segala permasalahan yang mungkin timbul, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Wee Jeck Seng.

"Laos akan menjadi tuan rumah buat julung kalinya dan sudah pasti akan ada kecacatan di sanasini.

Sehubungan itu, saya menyeru semua atlet agar bersedia menangani segala permasalahan atau ketidaksempurnaan yang ada dengan sebaik mungkin.

"Apa yang penting, setiap atlet sentiasa fokus untuk memberikan yang terbaik di gelanggang dan mengetepikan segala bentuk rintangan dan masalah yang boleh mengganggugugat prestasi mereka," katanya berucap di majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke temasya sukan dwitahunan itu di IOI Palm Garden Resort di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Resort berkenaan juga menjadi venue untuk Perhimpunan Atlet Fasa Akhir ke Sukan SEA Laos anjuran MSN kepada semua atlet dan pegawai yang akan beraksi di temasya sukan berkenaan. Beliau turut mengingatkan setiap atlet supaya sentiasa memelihara tahap disiplin yang tinggi sepanjang tempoh temasya sukan berkenaan berlangsung.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Negara Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, yang juga Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN).

Jalur Gemilang berkenaan kemudian diserahkan Dr Ramlan kepada pembawa bendera semasa perbarisan nanti iaitu atlet terjun, Yeo Ken Nee.

Sementara itu, pada sidang akhbar kemudian, Zolkples berkata Sukan SEA sememangnya menjadi venue kepada atlet pelapis untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka.

"Pada kali ini terdapat pelbagai atlet yang mengambil bahagian. Ada yang sudah bertaraf dunia, ada yang sudah berkalikali mengambil bahagian di Sukan SEA dan ada yang mewakili negara buat kali pertama. "Penyertaan atlet pelapis di Sukan SEA ialah sebahagian daripada usaha kita (MSN) untuk membentuk atlet bagi menghadapi temasya sukan yang lebih besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Bagaimanapun, saya berbangga dengan prestasi atlet pelapis kerana ada di kalangan mereka yang layak secara merit," katanya.

Menurut beliau daripada 40 atlet pelapis yang akan membawa cabaran negara di temasya sukan terbesar rantau Asia Tenggara itu, 18 orang melayakkan diri di bawah kategori A dan selebihnya di bawah kategori B.

"Seperti di Korat (Thailand), beberapa atlet baru telah berjaya meraih pingat emas dan mempamerkan prestasi yang begitu membanggakan.

Begitu juga di Laos, kita berharap perkara yang sama juga akan berlaku," katanya.

Kontinjen negara hanya mensasarkan kutipan 30 hingga 35 pingat emas menerusi 21 acara sukan yang disertai.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara akuatik (renang dan terjun), taekwondo, memanah, olahraga, badminton, snuker & billiard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wusyu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan