Juara Wanita Dunia Terkeluar

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Wong Mew Choo mendapat peluang luar jangkaan untuk mara ke peringkat akhir kejohanan Super Series Masters Dunia yang bermula di Stadium Tertutup Majis Bandaraya di sini hari ini.

Terima kasih kepada johan dunia sekarang Lu Lan kerana menarik diri di saat-saat akhir, dengan itu pemain No 1 wanita Malaysia naik ke tahap bersama lapan pemain teratas dunia, dan seterusnya menempah tiket ke kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah US$500,000.

Lu Lan berasal dari Jiangsu, yang memenangi kejuaraan dunia di Hyderabad, India, dua bulan lepas, memberitahu Persekutuan Badminton Dunia Isnin malam yang beliau tidak sihat dan tidak dapat turut serta.

Dan ketidakhadirannya bererti China yang telah mendominasi perseorangan wanita secara total dalam beberapa tahun lalu, tidak mempunyai seorang pun wakil perseorangan dalam acara itu.

Ini bererti Mew Choo akan mempunyai peluang untuk menyinar dan undian yang dijalankan hari ini kelihatan memberi peluang cerah kepada pemain berusia 28 tahun itu dan beliau tergolong dalam Kumpulan A bersama Saina Nehwal, India; pemenang Terbuka Indonesia, Porntip Buranaprasert dari Thailand dan peserta Canada, Chairmaine Reid.

"Ini undian yang baik untuk Mew Choo. Penentangnya dalam kumpulan itu berada pada standard yang kira-kira sama dengannya.

"Beliau perlu tenang, bermain mengikut ekspektasinya, beliau akan ok. Hanya Saina menjadi ancaman kerana beliau masih muda dan permainannya sedang meningkat," kata ketua jurulatih perseorangan Malaysia Misbun Sidek.

Undian bagi perseorangan lelaki juga baik untuk Lee Chong Wei, pemain No 1 dunia yang bermain bersama pemain China Bao Chunlai, Indonesia Taufik Hidayat dan pemain China Taipei Hsieh Yu Hsin.

Turut dalam kumpulan itu ialah Peter Gade, Denmark dan rakan sepasukan Jan Jorgensen; peserta peringkat akhir China Masters Open baru-baru ini, Park Sung Hwan dari Korea Selatan and pemain Thailand Boonsak Ponsana.

Chong Wei akan menentang pemain Taiwan dalam perlawanan pembukaan esok dan kemenangan akan menempatkan beliau di tempat selesa menentang Taufik pada Khamis di mana kedudukan untuk empat tempat terakhir seharusnya dapat dipastikan.

"Chong Wei cukup mampu untuk menewaskan semua penentangnya dalam kumpulan itu. Beliau mesti terus fokus," ujar Misbun.

Johan bertahan regu lelaki Koo Kim Keat dan Tan Boon Heong, akan menyertai perlawanan pembukaan menentang rakan senegara, Fairuzizuan Tazari dan Zakry Latiff esok dalam Kumpulan A dengan Xu Chen dan Guo Zhengdong, China dan Rian Sukmawan dan Yonathan Suryatama dari Indonesia, dua lagi pasangan dalam kumpulan itu.

Pemenang China Masters Open barubaru ini Lee Yong Dae and Jung Jae Sung dari Korea Selatan mengepalai Kumpulan B bersama Carsten Mogensen dan Mathias Boe, Denmark; Anthony Clark dan Nathan Roberston dari England, dan Chandra Yulianto dan Hendra Gunawan, Indonesia. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan