Bilangan Jurulatih Asing Akan Dikurangkan

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bilangan jurulatih asing akan dikurangkan sedikit demi sedikit setelah jurulatih tempatan memperkasakan diri dengan ilmu dan pengalaman dalam bidang mereka, kata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBs) Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh.

Katanya ketika ini terdapat 99 jurulatih luar negara berbanding sejumlah 211 jurulatih sepenuh masa tempatan.

"Kepakaran asing adakalanya diperlukan untuk memastikan atlet negara mencapai prestasi optimum mereka tetapi kebergantungan terhadap mereka perlu dikurangkan," katanya semasa merasmikan Persidangan Sains Kejurulatihan Kebangsaan 2009 di sini hari ini.

Pada sidang media kemudian, Mohd Yasin berkata setakat ini MSN telah menggajikan 43 jurulatih asing, kebanyakannya dari China dan negara-negara bekas Soviet Union untuk program latihan atlet elit manakala yang lain untuk program atlet pelapis.

Menurut beliau, ketika ini terdapat beberapa jurulatih negara yang dilamar oleh negara luar untuk mendapatkan kepakaran mereka.

"Ia secara tidak langsung memberi pengiktirafan tentang kewibawaan jurulatih kita," katanya.

Tahun ini, katanya seramai 1,064 jurulatih telah menduduki Kursus Sains Sukan manakala sejumlah 1,113 orang lagi menjalani Kursus Sains Kejurulatihan Sukan Spesifik.

Persidangan selama tiga hari bermula hari ini adalah anjuran Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Australia-Malaysia.

Ia disertai 250 peserta terdiri daripada jurulatih kebangsaan cawangan elit pelapis dan paralimpik MSN, wakilwakil daripada Institut Sukan Negara (ISN), Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, pegawaipegawai Majlis Sukan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta instruktur sains sukan dari LKK.

Pada majlis itu juga, Mohd Yasin turut melancarkan buku Modul Sains Sukan yang diterbitkan oleh LKK. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan