Sembilan acara baru untuk Sukma Melaka 2010

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sembilan acara baru akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung di Melaka tahun depan.

Mesyuarat jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini memutuskan acara perlumbaan formula future, kanu, golf, ragbi 7sebelah, bola tampar (pantai dan dewan), kabaddi, judo, lawan pedang dan akuatik (renang berirama dan polo air) akan tersenarai bersama-sama 18 acara sukan wajib dan tujuh acara pilihan.

Acara sukan wajib ialah angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimnastik, hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, perahu layar, akuatik (renang dan terjun), sepak takraw, pencak silat, skuasy, boling dan wushu.

Sementara tujuh acara pilihan ialah bola jaring, bola keranjang, ekuestrian, tinju, silambam, pingpong dan petanque.

"Melalui mesyuarat ini, saya berpuas hati dengan pembentangan oleh tuan rumah Melaka dan saya menaruh harapan yang tinggi terhadap kesediaan negeri untuk menjadi tuan rumah. Saya berharap penganjuran Sukma Melaka akan membuahkan kejayaan yang besar," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Majlis Sukan Negara, hari ini.

Melaka juga bersetuju untuk meminda tarikh berlangsung temasya dwitahunan itu dari 28 Mei hingga 6 Jun kepada 10 hingga 19 Jun untuk disesuaikan dengan cuti persekolahan dan sambutan Hari Gawai.

Ahmad Shabery berkata mesyuarat hari ini juga mengambil keputusan untuk menggugurkan acara taekwondo di Sukma Melaka berdasarkan kepada isu masalah dalaman yang melanda Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) sekarang.

"Saya sendiri agak kecewa kerana MTA tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman yang melanda persatuan ini. Saya memikirkan adalah lebih baik acara itu tidak boleh menyertai Sukma.

"Adalah tidak adil bagi pihak tuan rumah untuk menunggu sehingga ke saatsaat akhir untuk menggugurkan acara itu. Saya cukup mengharapkan pihak MTA segera menyelesaikan masalah sesama mereka dan memikirkan soal penyatuan," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma hari ini turut membincangkan mengenai permohonan Perlis untuk menjadi tuan rumah Sukma 2012.

Ahmad Shabery berkata beliau akan membawa perkara itu kepada mesyuarat kabinet dan melihat sekiranya aspek mengenai keperluan infrastruktur sukan di Perlis boleh diserapkan sebagai sebahagian daripada perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan