Penerjun BASE gagal atasi rekod dunia akibat hujan

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca yang kurang baik memusnahkan harapan menggunung sekumpulan penerjun BASE untuk memperbaharui rekod dunia Guinness, terjunan BASE lasak dalam tempoh 24 jam di Menara Kuala Lumpur.

Kumpulan penerjun itu hanya mampu melakukan 543 kali terjunan, kurang 33 terjunan daripada rekod dunia sebanyak 576 terjunan. "Jika tidak kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, saya percaya penerjunpenerjun mampu memecah dan memperbaharui rekod dunia itu," kata Briton Alastair McCartney yang berjaya melakukan 32 terjunan.

Bagaimanapun, katanya kumpulan itu berjanji akan mencuba sekali lagi pada tahun depan untuk memecahkan rekod dunia itu di sini.

Kumpulan penerjun itu memulakan terjunan mereka di Menara Kuala Lumpur, setinggi 421 meter dari kawasan pelantar luar menara kelima tertinggi di dunia itu, pada pukul 9.12 pagi semalam, namun terpaksa dihentikan kira-kira tiga jam setengah pada sebelah petangnya akibat hujan.

"Walaupun mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya namun mereka menunjukkan dedikasi yang tinggi untuk mengejar bilangan terjunan yang terjejas akibat hujan dan hanya kekurangan beberapa terjunan sahaja lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad.

Kumpulan penerjun itu terdiri daripada 24 orang yang secara bergilir-gilir membuat terjunan sepanjang tempoh 24 jam. Kumpulan itu dianggotai penerjun dari Itali, New Zealand, India, Ireland, Denmark, Russia, Belanda, Norway, Turki, Kanada, Indonesia, China, Singapura dan Malaysia.

Zulkifli turut mendedahkan rancangan untuk mengadakan terjunan BASE dari ketinggian 451.9 meter di Menara Berkembar Petronas pada tahun depan, namun ia masih di peringkat perbincangan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan